Wednesday, February 6, 2019


Miri: Penumpang' tidak diundang, iaitu seekor ular sawa sepanjang 10 kaki di bawah kenderaan sebuah kereta dipaksa keluar oleh pasukan Bomba di bulatan Pelita Miri.

Dalam kejadiaan kira-kira 9 pagi itu, pemandu lelaki berusia dalam lingkungan 50an tidak menyedari kehadiraan penumpang yang berjuntai dibahagiaan enjin sehingga disedari oleh pemandu kenderaan lain yang mengekori dibahagiaan belakang.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Pegawai Bomba Kanan II Abg Muhd Fadhil berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai operasi khidmat khas berkenaan jam 08.55 pagi dan kebetulan berada dikawasan berhampiran semasa dalam perjalanan membuat rondaan perayaan.

"Dengan menggunakan pencerut ular, ular sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap dan akan melepaskannya dikawasan selamat ",katanya."

No comments:

Post a Comment