Monday, February 11, 2019
3 cedera dalam kemalangan
11 Feb 2019 / Asajaya : Pihak Bomba terpaksa mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di selekoh Sabang Samarahan Asajaya pagi tadi.
Sepasukan anggota bomba dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan berkaitan kejadiaan pada jam 7.51pagi.
Pihak Bomba menggunakan peralatan khas "hydraulic cutter" bagi mengeluarkan mangsa yang cedera parah tersepit ditempat duduk pemandu dan dikejarkan ke Hospital Pusat Jantung Sarawak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Dalam kejadiaan itu, sepasang suami isteri masing-masing berumur 62 thn dan 54 thn berasal dari Sibu Jaya yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Kuching menghala ke Asajaya cedera ringan dan dihantar oleh orang awam ke Hospital Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan. Operasi tamat pasa jam 8.40 pagi dan punca kemalangan masih tidak diketahui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment