Tuesday, February 26, 2019

Betul Ke Ambulans Boleh Kena Saman Kalau Langgar ‘Traffic Light’ Merah Masa ‘Emergency’. Ini Penjelaskan Peguam Bagi Mnjawab Persoalan Ramai.


Baru-baru ni kecoh apabila sebuah
ambulans yang sedang dalam perjalanan mengambil pesakit melanggar sebuah kereta yang enggan berhenti di sebuah lampu isyarat. Akibatnya, ambulans tu terbabas dan melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lampu isyarat arah bertentangan.

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang salah sebenarnya? Kereta tu yang salah sebab tak beri laluan kepada ambulans ataupun ambulans yang salah sebab tak berhenti masa lampu isyarat merah?

Lihat ulasan terperinci yang dikongsikan oleh pakar undang-undang ni, Encik Hasif Hasan di akaun Fcebook.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.
Sekadar berkongsi pandangan mengenai kejadian di Bukit Mertajam apabila seorang pemandu kereta tidak memberikan laluan kepada ambulans hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan.

Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk?
Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah. -Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti. -Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama. -Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans , apa perasaan kita -Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital. -Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.
Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
-Pemandu ambulans juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahyakan nywa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

…pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba…
Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.

Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit.

Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan…

Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemlangan itu mengakibatkan kemtian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu…

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan dan boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, jika pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin m4ti dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemlangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan…

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera. Sekian.

Sumber resipi orang kampung kita

29 comments:

  1. berbelit2..nape x straight to the point je...bjela2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kalau orang tu belajar undang2..cer tgk peguam cakap macamana dalam court

      Delete
    2. Makin tak paham ku maksud @ explanation dia...serabut, berbelit

      Delete
  2. Replies
    1. U ada panadol tak, minta 4biji, aku nak..pening ni

      Delete
  3. soalan yg sama jk...jwpn yg sama jk haha... tk faham aku... sapa salah sapa salah, sikit sikit sapa salah, tpi blom wk da jwpn smpe abis baca..

    ReplyDelete
  4. pening aku bca. asyik soalan sma je. tak boleh straight to the point ke

    ReplyDelete
  5. Jawapan die mmg x plu bagi laluan la kepada ambulan tu.kene tunggu lampu hijau baru bleh bagi laluan untok ambulan.dan ambulan mmg x boleh langgar lampu merah.senang kan kalau buat jawapan mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalaa..kejap kata boleh, pastu kena jaga dh brenti..
      Pening sy dh..tak tau mana nak ikut dahh hahhaa

      Delete
  6. Bagi sya tidak perlu di bahaskan, masa ambil lesen apa yang di belajar di pusat latihan memandu pakai tu je,,

    ReplyDelete
  7. apa dia cakap ni..boleh straight to the pont ka? aigoo

    ReplyDelete
  8. Klu polis bwk org beesar besar kena berhenti juga lah.klu ikut lampu iysarat....mcm mn tu

    ReplyDelete
  9. Pengalaman sebagai seorang pemandu biasa selama bertahun-tahun dijalan raya, Ambulance membawa pesakit selalu jumpa, tapi sebagai pemandu, kita mesti peka dan berwaspada, dan yang penting beri laluan kepada ambulance dengan menghimpit kereta ketepi, tapi biasanya, ramai juga yg suka ambil kesempatan dengan memecut dibelakang kereta ambulance, bunyi siren ambulance biasanya kuat, dalam kereta bertutup cermin pun masih boleh dengar dengan jelas, apapun sebagai nasehat, bila dengar siren ambulance, bomba, polis atau yg sewaktu dengannya, bersedialah untuk menberikan laluan!!

    ReplyDelete
  10. Serious gila berbelit. Persoalan nya Persoalan nya. Maklumat beri padu tak senng memahami. Stngh jln baca sudah bosan

    ReplyDelete
  11. Adik ni baru buat blog yea..tak perlu mengeruhkan lagi kes seperti ini dik.banyak lagi fakta yang lebih berguna utk dikongsikan kat blog awak dari pada mengupas bawang yang kulitnya tak penah nak abis.sekian.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Tak yah tanya sapa salah sapa sik. Panjang2 ko tulis pun sik guna. Mun kau dalam ambulance ia, ko ada 30 minit utk msh bilik bedah sbb something happen la. masih ko mok nunggu lampu isyarat hijau baru jalan? Bgs mati tepi jalan jak. Siren and lampu kelip2 is emergency isyarat. (logik antarabangsa). Sebagai manusia alerrt dan bertimbangrasa la sikit. Bkn ko sorang tinggal lam dunia tok.

    ReplyDelete
  14. Masih belum betul2 menjawab soalan siapa yang salah mengikut undang2 yang sedia ada....gaya penulisan yang amat mengelirukan...susah mok faham you ..you

    ReplyDelete
  15. Most importantly, i think if there is right of way for the ambulance at any given time, we give way. But if there isn't any room to give way at all,just stay put. Never endanger yourself or put yourself at risk for the sake of others in this case. It will just end up in tears. Yes the law applies to a certain extent but within reason. That's just my 2 sen(sense).

    ReplyDelete
  16. Kalau ikutkan perspektif moral .tindakan pemandu ambulans itu adalah betul .tp ingat .negara kita bukan ditegakkan atas dasar moral tetapi oleh undang ii .maka dr segi undang undang nya .perbuatan driver ambulans itu totally salah .jadi siapa yg bersalah ?dr sudut moral yg bersalah adlh pemandu kereta yg melanggar itu .TETAPI melalui sudut UNDANG UNDANG .tindakan pemandu ambulans itu adalah salah .dan juga perlu diingatkan bahawa negara MALAYSIA BUKAN DITEGAKKAN BERLANDASKAN MORAL TETAPI DITEGAKKAN OLH UNDANG UNDANG .

    ReplyDelete
  17. Ye la tu encek peguam. . Kalau pdai kena kat badag hidug ko sendiri baru ko tau. . Ingat la karma itu ada. .. masa tu baru ko tau betapa ko megharap dampai kat hospital besa cecepat mugkin. .

    ReplyDelete
  18. jika di air
    jangan sangka air tenang tiada buaya..
    Begitulah juga di jalan raya di trafic light..jika lampu hijau jangan ingat didepan selamat.dan terus memecut

    *simpan dalam pikiran kitak orang*

    1.kita Kena pikir takut2 ada yg memecut laju d depan semasa lampu kuning..
    2.yg dibelakang buatlah cara dibelakang jangan memotong orang yg menunggu didepan.sedang kan orang yg didepan lebih awal dari kita
    3.Akibat memotong orang depan akhirnya kita yg rugi dan terkena bencana didepan..jadi biarlah kita tggu orang didepan jalan dulu..jika orang depan terkena bencana maka kita selamat dibelakang.
    jika kita berebut2 memotong orang didepan maka kita seolah2 mencari bencana...

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. jika di air
    jangan sangka air tenang tiada buaya..
    Begitulah juga di jalan raya di trafic light..jika lampu hijau jangan ingat didepan selamat.dan terus memecut

    *simpan dalam pikiran kitak orang*

    1.kita Kena pikir takut2 ada yg memecut laju d depan semasa lampu kuning..
    2.yg dibelakang buatlah cara dibelakang jangan memotong orang yg menunggu didepan.sedang kan orang yg didepan lebih awal dari kita
    3.Akibat memotong orang depan akhirnya kita yg rugi dan terkena bencana didepan..jadi biarlah kita tggu orang didepan jalan dulu..jika orang depan terkena bencana maka kita selamat dibelakang.
    jika kita berebut2 memotong orang didepan maka kita seolah2 mencari bencana...

    ReplyDelete
  21. Tktau nk ckp ape,,biasa ambulans perlu diutamakn coz kite tk tau condition patient kt dlm tu kritikal or tak,,,smoga leps nie tkd jdi lag bnda cmnie ,,mana yg baik ambik jadikn pengajaran wt diri kite ,,hati2 n jgn ambil sikap smbil lewa ,,

    ReplyDelete
  22. klau korang ada dalam amblance tu atau bni anak korang dah nak mati. . orang lain buat korang mcam tu. . cam mana prasaan korang. . marah tak. . sakit hati tak. . fikir fikirkan lah. .jngan ego nak slah kan ambulance k. . hidp msti utmakan yg mnyelmatkan nywa. . bukan nak pntngkan kepala hotak tak ada akal tu

    ReplyDelete