Friday, February 8, 2019

Maut ketika mencari rezeki

KUCHING: Seorang pekerja mengutip sampah Triniken maut akibat tercampak dan tersangkut pada tiang telefon selepas dilanggar sebuah kenderaan pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan sebentar tadi berkata, ketika kejadian jam 6.11 pagi itu, mangsa sedang menjalankan tugas di Jalan Ong Tiong Swee di sini. “Impak pelanggaran itu, mangsa tercampak lalu tersangkut di antara tiang telefon dan pondok,’ katanya.

Pihak Bomba dari Batu Lintang dengan kekuatan sembilan anggota dikerah ke tempat kejadian. Bagaimana, pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. –Sarawakvoice



 

No comments:

Post a Comment