Kapit Kota Kecil mendidik kesabaran. |
KOTA - kota besar biasanya sentiasa cepat pantas dan laju. Maka kesabaran sering diuji. Ada tempat jika terperangkap dikesesakan trafik maka berbunyilah hon bertempik gempita. Ada tempat dah lama menunggu bas, bila sampai berpusu-pusu menolak untuk masuk. Ada tempat jika parkir semua dipenuhi maka menyumpah seranah bermain dibibir. Ada tempat jika bila lihat kereta berbaris panjang menanti giliran mengisi minyak maka mengurut dada berkeluh kesah. Semua ini berlaku jika tiada rasa SABAR dihati kita. Namun KESABARAN yang tinggi agaknya dimiliki oleh warga KAPIT.
KAPIT? Kat mana tu cikgu? Hmm di Kapit lah. Kapit Sarawak. Mengapa begitu? (terkenang soalan seorang rakan di semenanjung).
Bayangkan jika membeli minyak mereka tidak membawa kereta di stesen petronas. Mereka hanya membawa bekas gallon dan berbaris menanti giliran hingga memakan masa setengah jam baru terisi.
Selepas itu memikulnya kembali untuk diisi kedalam kenderaan atau enjin bot masing-masing. Mereka sabar.
Parking? Hmmm ibarat jumpa berlian kalau pemandu menjumpai lot parking yang kosong terutamanya hari minggu pada waktu pagi.
Tapi mereka tidak merungut.
Malah kreatif menyusup kereta di celah celah bangunan dan memanjat divider jalan.
Mereka guna 4wd bahhh… Bukan biashe biashe… Luar biasa punya sabar.
Kredit : Anderson Philbe
Nak ke Sibu atau Song mereka berbaris menaiki express boat. Takde berebut-rebut. Takda seat mereka duduk atas bumbung.
Kalau ada orang tua atau orang sakit.. Mereka bangun berikan tempat.
Kalau penuh mereka bersila je dimana mana ruang. Takda pula mereka merungut nak viral ke media sosial macam orang yang tak dapat tempat dalam LRT. Fuhh dahsyat punya sabar.
Itulah rakyat ‘Menua Pulau Kapit’ dikelilingi Batang Rejang dan Balleh di tembok dengan bukit dan belantara.
Hanya sungai jadi lebuhraya dan jalan balak yang mencabar keberanian jika ingin berurusan di Sibu.
Warga kapit tetap murah senyum. Orang luar disambut ramah. Hidup tak pernah kelihatan ‘susah’ walaupun tidak nampak ‘mewah’.
Di daerah ini ikannya bernilai permata, balaknya merata-rata. Iban, Melayu dan Cina dapat hidup harmoni sentosa.
Pagi nikmati kampua, pau buntong dan canai goreng… Malamnya jangan terkejut kalau boleh jumpa TOM YAM di sini.
Bagi guru-guru yang berkhidmat disini.. Elaun P3 bukan sekadar insentif namun satu pengiktirafan bagi komrad yang sanggup berjuang mendidik anak-anak pedalaman Sarawak supaya akan terlahir lebih ramai manusia hebat seperti Dato Sri Idris Jala yang mampu memimpin syarikat konglomerat bertaraf dunia.
Itulah Kapit Kota Kecil yang mengajar Kesabaran.
Sumber: Cikgu Emmet Menulis
No comments:
Post a Comment