CHUMPON: Fizikalnya menyerupai lelaki.
Dia sebenarnya wanita.
Rupa fizikalnya akhirnya mendatangkan kesulitan kepadanya sehingga tiba saatnya dia bersalin secara darurat di depan khayalak, tiada siapa mempedulikannya.
Media tempatan melaporkan, orang ramai hanya menyaksikan dari jauh penjaga parkir ini terpaksa melahirkan bayi di tepi jalan di wilayah Chumpon, Thailand.
Wanita berkenaan yang disangka lelaki memegang anaknya yang masih bertali pusat selepas melahirkannya sambil berdiri tanpa dibantu sesiapa.
Laporan menyebut bahawa wanita itu langsung tidak menunjukkan rasa sakit ketika melahirkan dan dia selamba memegang bayinya yang masih berdarah.
Bahkan, dikatakan ketika ketubannya pecah, dia masih santai berdiri di tepi jalan.
Bagaimanapun, orang ramai mula membantu setelah pekerja pasar raya berdekatan berteriak mengatakan dia sebenarnya wanita dan perlu dibantu.
Wanita bersama bayinya itu kemudiannya dibawa ke hospital menaiki ambulans.
Kedua-duanya disahkan sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment