Thursday, February 14, 2019

Ops Sarang, 18 lelaki ditahan polis

Seramai 18 lelaki yang diberkas berikutan didapati positif dadah setelah ujian saringan air kencing dijalankan.
BINTULU: Seramai 18 lelaki warga tempatan diberkas oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu berikutan didapati positif dadah dalam Ops Sarang yang dijalankan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, 18 lelaki yang ditangkap itu berumur antara 19 hingga 45 tahun di Pasar Lama Bintulu dan saringan ujian air kencing yang dibuat didapati positif dadah.

Jelasnya, Ops Sarang yang dilakukan itu adalah untuk mengesan dan menangkap penagih dadah.

"Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan sendiri," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri memperuntukkan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 dan diletakkan bawah pengawasan untuk tempoh dua tahun.

oleh Abang Ismail Abang Suud
Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment