Kejadiaan
kira-kira berlaku sekitar jam 5 petang semasa kedua-dua wanita itu sedang
menjalani program bina insan di Kem Alapong bersama sekumpulan guru yang lain.
Jurucakap
Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pihaknya telah menerima
panggilan kecemasan berhubung kejadiaan itu pada pukul 5.10 petang dan sejurus itu pasukan bomba dengan kekuatan 7 anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat Lundu telah bergegas ke lokasi kejadiaan untuk melakukan operasi
menyelamat.
Pasukan
Bomba menggunakan bot penyelamat untuk menyelamat mangsa dan membawa mereka ke
kawasan tepi pantai. Kedua-dua wanita selamat tiada mengalami sebarang
kecederaan dan operasi ditamatkan pada pukul 6.35 petang.
No comments:
Post a Comment