Friday, February 15, 2019

Kecewa dimarah suami, akibat terlalu kerap bermain Facebook isteri gantung diri

Arniati
SAMARINDA: Gara-gara terlalu sedih kerana dimarahi suami akibat terlalu kerap bermain Facebook, seorang wanita nekad membunuh diri dengan menggantung dirinya. Tribun News melaporkan, wanita berkenaan, Arniati, 23, ditemui mati tergantung di bilik tidurnya di sebuah rumah di Sungai Paret, Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur pada 7 Februari lalu.

Jurucakap polis, Iptu Iswanto berkata, sebelum kejadian itu Arniati dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sujaedi selepas lelaki itu memarahi dan melarangnya terlalu kerap melayari Facebook.

Kerana pertengkaran itu, pasangan berkenaan dilaporkan tidak bercakap selama beberapa hari.

Sebelum ditemui mati, Arniati sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp dengan memberitahu dia mahu membunuh diri dan meminta maaf kepada keluarganya.

Sujaedi berkata, dia sempat membaca status di WhatsApp Arniati tetapi dia tidak terfikir isterinya sanggup membunuh diri.“Saya mengetuk pintu bilik dan Arniati membukanya.

Saya kata padanya mahu mengambil barang dan apabila keluar dia kembali mengunci pintu.

“Saya memberitahunya jangan kunci pintu kerana saya akan pulang tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian pergi ke tempat kerjanya di Nipah-Nipah dan pulang kembali ke rumah pada jam 3.30 petang (waktu tempatan).

“Apabila pulang saya terus mengetuk pintu bilik tetapi tidak dibuka. Saya intai menerusi tingkap tetapi ditutupi langsir.

“Kerana curiga saya terus memecahkan pintu dan terkejut apabila melihat isteri saya tergantung,” katanya.
Menurut polis, jenazah wanita itu diturunkan anggota penyelamat dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung halamannya.

No comments:

Post a Comment