Wednesday, February 13, 2019

Gaduh dengan isteri, lelaki tikam perut sendiri

gambar hiasan
KUCHING: Seorang lelaki bertindak menikam perut sendiri selepas bergaduh dengan isterinya di rumah mereka di Skim Penempatan Semula Stutong, di sini hari ini.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 39 tahun dipercayai menikam dirinya dengan objek tajam sekitar 10 pagi.

Lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.

Menurut anak mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui di HUS, dia bergegas ke bahagian dapur selepas mendengar ibu dan bapanya bertengkar di bahagian itu.

Bagaimanapun setibanya di dapur, dia tidak sempat untuk menghentikan ayahnya daripada menikam diri di perut.

Namun dia berjaya menghentikan bapa daripada terus menikam diri sekali gus menyebabkan kecederaan yang lebih serius.

Setakat berita ini ditulis, dia masih menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

oleh Nick Fletcher
Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment