Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa, dan pastinya setiap etnik itu mempunyai makanan tradisi yang menjadi simbol kehormatan kepada sesebuah kaum. Namun apabila seseorang memperlekehkan makanan tradisi mereka, pastinya ia dianggap seperti tidak sopan.
Baru-baru ini, viral di media sosial terutamanya di Instagram apabila Intafamous terkenal Hafiz Mahamad memuat naik rakaman video isterinya Syafiqah Aina mencuba makanan tradisi Brunei iaitu Ambuyat.
Nak muntah?
Namun begitu, reaksi Aina yang tidak dapat menelan makanan tersebut dan kata-kata Hafiz terhadap ambuyat telah menimbulkan sedikit salah faham kepada netizen.
Rata-rata komen yang diterima menerusi Instagram Instafamous tersebut seakan menyatakan rasa tidak setuju terhadap kata-kata Hafiz yang menyamakan ambuyat dengan kahak.
Penyataan spontan Hafiz Mahamand itu bertujuan untuk membantu isterinya menelan ambuyat tanpa rasa mual.
Kami disini di didik dengan perpaduan & saling menghormati!
Tampil mohon maaf…
Walau bagaimanapun, setelah rakaman Ambuyat Challenge yang mereka lakukan mendapat maklum balas negatif daripada netizen, Hafiz telah memuat naik satu rakaman permohonan maaf menerusi Instagram jika ada menyinggung hati mana-mana pihak terhadap video yang telah dimuat naik sebelum ini.
Sumber : Instagram Hafiz Mahamad
No comments:
Post a Comment