Thursday, February 14, 2019

Cubaan bunuh diri seorang lelaki dengan mengelar pergelangan tangan

pihak bomba memberi rawatan kepada mangsa
Kuching : Seorang lelaki berusia 35 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan kiri kejadiaan di KMC Flat jalan Central Timur Padungan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Padungan PBK II Patrick Mawong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.38 malam dan seramai 15 anggota bergegas ke lokasi kejadiaan.

"Sebaik  tiba, kita mendapati pergelangan tangan disebelah kiri mangsa berdarah ekoran dikelar dengan objek tajam. Unit EMRS Bomba telah memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan,"katanya.
Punca sebenar kejadiaan masih tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment