Saturday, February 23, 2019

Penduduk Meludam gempar seekor buaya sesat berkeliaran di atas jalan


MALUDAM: Penduduk Maludam gempar apabila diziarahi seekor buaya sesat berkeliaran di atas jalan raya perumahan yang dilitupi banjir, semalam.

Gambar buaya tersebut sempat diambil setelah ia berhenti seketika selepas menjamah beberapa ekor itik peliharaan penternak di kampung Belakang Pasar Maludam tersebut.

“Pada mulanya kami ingatkan kayu yang terapung oleh air naik pasang, namun tersedar apabila melihat objek tersebut bergerak dan matanya sinar tajam apabila disuluh,” jelas seorang warga penduduk yang melihat kejadian.

Kelibat buaya berukuran kira-kira dua meter itu dikatakan naik ke permukaan sekitar 7 malam akibat banjir sekaligus timbul diluar rumah penduduk yang berdekatan dengan parit besar.
Manakala, Sehan Hassan, 25, berkata, mereka sudah biasa dengan kehadiran sang bedal itu di kawasan perairan Maludam.

“Kami tidak menangkapnya, sebaliknya hanya membiarkannya pergi dan memberi peringatan penduduk lain agar lebih berhati-hati ketika banjir kerana tidak mahu hal yang tidak diingini berlaku,” ujar beliau ketika dihubungi,semalam.

Beliau menambah, air akan mulai naik membanjiri kawasan kampung sekitar 6 petang dan surut pada sebelah malam, sekitar 11 malam.

Sarawak Voice

No comments:

Post a Comment