Monday, February 18, 2019

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Beliau Di Bandaraya Kuching

Sumber ILOVEKCH
Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Beliau Di Bandaraya Kuching
Viral beberapa hari lepas apabila seorang netizen berkongsi pengalaman ringkas beliau di Kuching. Beliau yang menggunakan nama Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah berkongsi pengalaman beliau seperti di bawah :
Gambar : Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
” Di Kuching ni, 4 hari saya di sini hanya dengar bunyi hon di jalan raya 2 kali.

Orangnya sopan dan berbudi bahasa. Saya pandu kereta 60-80km/jam pun orang lain sabar sahaja.

Bandarnya tenang, setenang air Sungai Sarawak.

Makanan murah, barang-barang cenderhati pun harga berpatutan. Walaupun tahu kami pelancong, tiada istilah ambik kesempatan dan naikkan harga.

Hari ni sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, baru saya tahu mengapa orang di sini baik baik belaka.
Dalam tandas pun penuh dengan kata-kata motivasi!
Gambar : Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Kuching memang hebat lah!

Pengalaman beliau tersebut dikongsi sebanyak 1599 kali di laman facebook dan netizen yang lain juga memberi pandangan masing masing yang rata ratanya bersetuju.

Komen yang diberi oleh pengguna facebook yang bernama Nuur Di Hatiku :

” Setuju sangat2…walaupun driving during pick hour….takde apa yang dikejarkan di sana…sume santai…rindu kuching very much ”

Selain itu, pengguna facebook yang bernama Lynn Zulkarim turut berkongsi pengalaman beliau :

” Our driver in Kuching said orang sana kalau hon sebab nak say “hi”

Selain telah dikongsi sebanyak 1599 kali, perkongsian Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah ini juga mendapat like sebanyak lebih daripada 3k.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah

Sumber ilovekcg

6 comments:

  1. Ya hin d bunyikan jika betul betul perlu dan say hai . Bila terserempak member or family member atas jln .. say hi angkat tgn n senyum... Masuk laluan pon senang org akan bg peluang. Agkat tgn n senyum. Org akn bg laluan masuk ...

    ReplyDelete
  2. Memang betul..org kuching mmg terbaik..jarang dgr bunyi hon kecuali ambulan di belakang...hehe

    ReplyDelete
  3. Baru tau mcm mana org Sarawak ITU lh yg dkatakan 1 Malaysia

    ReplyDelete
  4. Terimakasih atas pujian utk kami org2 Sarawak terutama org2 d bandar Kuching kan..x da pernah nk buat hal dgn org2 luar,yg kdg2 trjadi,org2 luar pulak yg dtg buat hal dgn kita..

    ReplyDelete
  5. .the truth is, kebanyakkan drivers d Kuching tak reti nak guna signal ketika membelok..perit nak terima tapi KENYATAAN. :)

    ReplyDelete
  6. Jangan Kata kebanyakan. Itu Tidak benar. Kenyataan anda itu terlalu umur.

    ReplyDelete