Seorang wanita berusia 23 tahun disyaki membunuh anak kandungnya dan menetak badan mangsa serta menyorokkannya di dalam sebuah beg sebelum melaporkan kepada polis bahawa anaknya hilang di culik.
Nakira M.Griner, 24, mengakui dia membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana geram terlalu degil dan enggan dengar cakap selain tidak mahu menjamah makanan yang disediakan.
Mangsa dipercayai ditampar sekuat hati hingga terjatuh dari tangga dan meninggalkan kesam lebam di bahagian muka. Namun, Nakira tidak mengendahkan atau memberi sebarang bantuan kepada anaknya dan kemudiannya membunuh serta mengerat mayat mangsa selain membakarnya.
Sebelumnya, Nakira membuat laporan polis kononnya dia diserang oleh penjahat sebelum anaknya diculik. Namun siasatan yang dijalankan polis tidak menemui sebarang tanda-tanda berlakunya sebarang kes rompakan dan penculikan.
Menurut laporan tempatan, polis yang melakukan proses pencarian mangsa akhirnya menemui mayat kanak-kanak yang telah dikerat dan dibakar itu di dalam beg tangan milik Nakira yang diletakkan dibawah pokok hadapan rumah.
Susulan itu, suspek kini berada dalam tahanan polis atas kesalahan mencederakan, menyiksa dan membunuh anak kandungnya sendiri.
Sumber: NJ.com
No comments:
Post a Comment