Siapa sangka cincin yang dibeli di pasar karat dengan harga RM52 sebentuk pada 33 tahun lalu, kini menunjukkan nilainya yang sebenar.
Debra Goddard memiliki cincin berharga itu daripada ibunya yang selama ini menyimpannya sebagai kenangan.
Namun, selepas ibunya kehilangan sejumlah besar wang kerana ditipu, Debra mengambil cincin tersebut dan dibawa kepada tukang emas dengan harapan ia mempunyai nilai walaupun sedikit.
Debra terkejut sebaik diberitahu bahawa cincin tersebut memiliki batu permata 25.27 karat dan nilainya dianggarkan oleh pakar dengan harga bermula RM3.9 juta.
Tanpa berfikir panjang, lelongan dibuat dan hasil kutipan digunakan untuk membantunya ibunya, Jane dan membawanya pergi bercuti.
“Dugaan menimpa kami tanpa henti. Ini rasanya seperti karma apabila segala keburukan yang terjadi diganti dengan balasan yang baik seperti ini.”
Sumber: Heart UK
No comments:
Post a Comment