Sunday, February 10, 2019

7 pengguna jalanraya dikesan positif dadah

Individu yang ditahan
10 Feb 2019Kuching: Seramai 7 orang pengguna jalan raya dikesan positif dadah dalam satu operasi bersepadu diketuai oleh Jabatan Pengankutan Jalan Sarawak (JPJ) di Jalan Kuching Samarahan Express Way sebentar tadi.

Menurut kenyataan media Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kesemua yang ditahan
adalah lelaki berusia lingkungan 20an hingga 40an didapati positif dadah jenis syabu @ methamphetamine dan dibebaskan selepas keterangan diambil dgn jaminan keluarga & AADK.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah sementara menunggu keputusan dari Makmal Patologi Hospital Umum Sarawak untuk keputusan muktamad samada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama 2 tahun.” katanya.

Turut sama dalam operasi tersebut yang dijalankan dari jam 8 hingga 11 malam ialah  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PDRM, SPRM, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

-wiraalam-

No comments:

Post a Comment