Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baharu bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira faktor permintaan dan langkah penjimatan kerajaan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata UTC di kedua-dua negeri itu akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8 pagi hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad.
Bagi tiga UTC di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Keningau, waktu rehat solat Jumaat ialah dari pukul 11.30 pagi hingga 2 petang, manakala tiga UTC di Sarawak (Kuching, Miri dan Sibu) dari pukul 11.45 pagi hingga 2.15 petang.
No comments:
Post a Comment