Mangsa yang didukung oleh datuknya tiba untuk mendapatkan rawatan di HUS. |
Menurut sumber, kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu mengalami kecederaan parah di kepala selepas disyaki dilanggar datuknya dalam satu insiden di Kampung Sejijak, di sini.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada datuknya yang hendak ke tempat kerjanya iaitu sekitar pukul 9.30 pagi.
Difahamkan, mangsa kemudian dilihat masuk ke dalam rumah dan datuknya terus menghidupkan enjin kereta jenis pacuan empat roda (4WD) miliknya.
“Bagaimanapun semasa baharu memulakan perjalanan, tiba-tiba si datuk yang merasakan seperti melanggar sesuatu di bawah keretanya kemudian terus keluar dan terkejut melihat cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah kereta.
“Si datuk kemudian segera mengangkat cucunya itu dan bersama-sama ahli keluarga yang lain terus mengejarkannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.
Setakat petang Selasa, mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Wad Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) di HUS.
oleh Jeremy Lanson
Utusan Borneo Online
No comments:
Post a Comment