Ini kerana terdapat 120,000 buaya yang hidup di sepanjang 20,000 kilometer laluan sungai di negeri ini sedia menanti kunjungan anda untuk ‘membalas d3ndam’ disebabkan keupayaannya menghidu bau daging keluarganya yang dimakan manusia.
Ia mungkin kedengaran agak aneh atau karut namun perkara itu antara kepercayaan kuat dipegang dalam kalangan masyarakat Iban dan Melayu di Bumi Kenyalang selain menepati sifat pendendam dimiliki Sang Bedal.
ANGGOTA Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) menggunakan antara satu daripada kaedah penangkapan buaya menerusi pemasangan umpan bergantung kepada saiz buaya yang mahu ditangkap. FOTO Ihsan SFC
Dalam budaya masyarakat tempatan, reptilia itu dipercayai memiliki keupayaan mengenal pasti bau daging ‘saudaranya’ yang meresap dalam tubuh manusia yang memakan daging berkenaan, sekali gus mengundang ancaman s3rangan g4nas dan konflik dengan manusia.
SAIZ buaya yang ditangkap diukur bagi tujuan kajian. FOTO Ihsan SFC |
“Orang Sarawak yang mengetahui pantang-larang itu sehingga kini tidak berani ‘turun’ ke sungai sama ada untuk menangkap ikan atau menggunakan sungai sebagai laluan.
DAGING buaya paling enak untuk dinikmati ialah bahagian ekornya kerana kandungan lemak rendah. FOTO Nadim Bokhari
“Bagi kebanyakan penduduk negeri ini, buaya hidupan penuh misteri yang sarat dengan pelbagai kisah aneh yang sukar dibuktikan.
“Bagaimanapun, belum ada saintis sanggup memakan daging buaya dan turun ke sungai demi membuktikan mitos buaya meny£rang manusia yang pernah memakan daging reptilia itu sekadar kepercayaan karut semata-mata,” katanya.
Hamden berkata, pantang-larang itu juga termasuk memakan telur buaya yang dikategorikan sebagai makanan eksotik.
“Sebagai agensi bertanggungjawab melindungi buaya di Sarawak, JHS sejak 2016 sudah membenarkan pemburuan buaya bagi tujuan penakaian (culling) mahupun bagi tujuan komersial selepas mengambil kira populasi buaya yang semakin meningkat sehingga mengundang s£rangan terhadap manusia,” katanya.
Difahamkan, daging reptilia itu berwarna putih, dengan bahagian paling enak untuk dinikmati ialah bahagian ekornya kerana kandungan lemak rendah.
Malah, ia dikatakan lebih enak daripada ayam. Khasiat yang cukup popular antaranya mengubati asma, mencegah diabetes, memulihkan penyakit jantung dan dijadikan ubat kulit selain meningkatkan sistem metabolisme badan serta merangsang nafsu s£ks.
SEEKOR buaya mat! dit£mbak ketika membaham ternakan ayam di bawah sebuah rumah penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Dato, Kuala Lawas pada 19 Disember 2017. FOTO NSTP
Hamden berkata, sehingga kini, sebanyak 50 permit khas dikeluarkan bagi membenarkan pemburuan buaya bagi tujuan komersial, namun atas kekangan pasaran yang terhad di Sarawak, aktiviti pemburuan itu tidak mendapat sambutan.
“Jika mahu memasarkan daging buaya ke luar negara, prosesnya sukar kerana ada beberapa peraturan ketat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
saya sebagai rakyat sarawak dan keturunan Dayak Iban....jika anda merasa itu perkara yang mengarut, saya ingin mencabar anda untuk memburu buaya sarawak dan memakan daging buaya tanpa sebab munasabah....dan anda boleh pergi turun ke sungai sarawak...samada anda dibaham atau ahli keluarga anda dijadikan korban dendam oleh sang bedal...
ReplyDeleteTakkan la dayak tak berani makan buaya
ReplyDeletedayak memang tak berani makan daging buaya , buaya sarawak kami bela . awak bela kucing awak makan tak kucing tu? huhu
ReplyDeleteBelum ada lg org dayak makan daging buaya.. kau fikir org dayak tu seberana kah?
ReplyDeleteSaya sebagai dayak bertahun tahun hidup di sarawak tak pernah makan daging buaya ... kami sebagai keturunan dayak bela buaya sarawak tak kan kami makan ...
ReplyDeleteSaya sebagai dayak bertahun tahun hidup di sarawak tak pernah makan daging buaya ... kami sebagai keturunan dayak bela buaya sarawak tak kan kami makan ...
ReplyDelete