MISTERI kehilangan pengawal keselamatan hospital kerajaan, di #Bintulu terjawab selepas ditemui mati tergantung di tapak lama Hospital Bintulu berhampiran Taman Waterfront Bintulu, semalam.
Mayat mangsa berusia 23 tahun itu ditemui tergantung pada pokok di lokasi kejadian pada 11.45 pagi. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dikejarkan ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa. Katanya, hasil pemeriksaan oleh anggota paramedik mendapati mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui. “Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan tiada sebarang kesan atau unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian mangsa setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu. Mayat kemudian dihantar Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
Sumber Harian Metro
No comments:
Post a Comment