Tiga belia diperintah jalani rawatan pemulihan |
KOTA SAMARAHAN: Tiga orang belia diperintah menjalani rawatan dan pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, hari ini.
Menurut kenyataan media daripada Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Samarahan, arahan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Kota Samarahan terhadap tiga lelaki yang masing-masing berusia 22, 28 dan 31 tahun itu berkuat kuasa serta-merta.
Semua lelaki rakyat tempatan yang berasal dari Samarahan itu dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 6(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1983, yang membawa hukuman arahan menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun di PUSPEN.
Mengikut fakta kes daripada Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Samarahan, tiga belia itu ditangkap di atas kesalahan positif dadah jenis syabu.
Ini adalah tindakan susulan dari kes yang ditangkap sebelum ini, iaitu suspek diikat jamin keluarga selepas ditangkap dan mereka semua dikhendaki hadir untuk jaminan pada tarikh yang ditetapkan.
Bagaimanapun, semua suspek gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk jaminan tersebut dan tangkapan semula dilakukan semalam. Pejabat AADK Kota Samarahan diketuai oleh, Lorita Racha
Sumber Sarawak Voice
No comments:
Post a Comment