Sunday, February 10, 2019

11 belia dikesan positif syabu

Individu yang ditahan
KUCHING: Seramai 11 orang pengguna jalan raya dikesan positif dadah dalam satu operasi bersepadu di Jalan Matang malam tadi.

Menurut kenyataan media Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia lingkungan 20an hingga 40an didapati positif dadah jenis syabu @ methamphetamine dan dibebaskan selepas keterangan diambil dgn jaminan keluarga & AADK.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah sementara menunggu keputusan dari Makmal Patologi Hospital Umum Sarawak untuk keputusan muktamad samada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama 2 tahun.” katanya.
Turut sama dalam operasi tersebut yang dijalankan dari jam 8 hingga 11malam ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

-wiraalam-

No comments:

Post a Comment