Begitu juga dengan perpaduan antara masyarakat majmuk di negara ini, jika dari awal lagi mereka sudah ‘dipisahkan’ antara satu kaum dengan yang lain, agak sukar untuk menyemai semangat berkenaan yang merupakan elemen terpenting dalam memupuk keharmonian di negara ini.
Rukun Negara yang diperkenalkan sejak 1970 bertitik tolak daripada peristiwa hitam yang berlaku setahun sebelum itu bagi menyemai perpaduan antara semua kaum kerana sekiranya masyarakat dapat melaksanakan rukun yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, sudah tentu perpaduan boleh subur di negara ini.
No comments:
Post a Comment