Saturday, February 2, 2019

Penganggur ditahan bersama dadah dalam kereta


Suspek ditahan bersama dadah di Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini pada Jumaat.

BINTULU: Seorang penganggur ditahan selepas dadah dengan anggaran nilai RM4,000 dijumpai dalam kereta di Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini pada Jumaat.
Lelaki berusia 27 tahun itu yang memandu kereta ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar pukul 1.30 tengah hari. 
Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan pil ekstasi bernilai RM4,000 dalam kereta.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita menemukan tujuh peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.7 gram dan dua peket plastik lutsinar yang mengandungi 32 pil ekstasi seberat 11 gram," ujarnya dalam satu kenyataan pada malam Jumaat.
Katanya, keputusan ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(2)(a) akta sama.
  •  oleh 

  • https://www.utusanborneo.com.my/2019/02/02/penganggur-ditahan-bersama-dadah-dalam-kereta
  • No comments:

    Post a Comment