Taipei: Seorang pendaki wanita yang terkenal di media sosial dengan swafotonya memakai bikini di atas puncak gunung, dilaporkan maut dipercayai akibat terjatuh gaung di taman negara Yushan, Taiwan.
AFP melaporkan, anggota penyelamat sehingga kini masih berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa, Gigi Wu dari lokasi kejadian yang sukar dilakukan akibat cuaca buruk.
Wu yang dikenali sebagai ‘Bikini Climber’ oleh peminatnya, sempat menghantar koordinat lokasi kejadian kepada rakannya menerusi telefon bimbit selepas terjatuh pada Sabtu lalu.
“Keadaan cuaca di kawasan gunung agak buruk dan kita sudah mengarahkan anggota membawa mayat ke kawasan terbuka.
“Mayat mangsa akan dibawa keluar menggunakan helikopter apabila cuaca kembali baik,” kata jurucakap bomba dan penyelamat daerah Nantou, Lin Cheng-yi.
Sumber
NEW STRAITS TIMES PRESS
Sumber
NEW STRAITS TIMES PRESS
No comments:
Post a Comment