Thursday, February 28, 2019

Tiada penyedut minuman plastik di premis makanan di Sibu berkuatkuasa Januari 2020b

Tiong (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPS di Sibu, hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik (straw) pada 1 Januari 2020.
Justeru, pengerusinya Datuk Tiong Thai King berkata, pelancaran kempen 'Katakan Tidak Kepada Penyedut Minuman' akan dilancarkan pada 20 April ini bersempena dengan 'Love Earth Day Campaign'.
"Kempen ini adalah antara usaha kita mengurangkan sisa plastik yang memberi kesan kepada perubahan iklim.

"Oleh itu, semua pemilik kedai makan, restoran dan kedai kopi diingatkan supaya tidak membekalkan pelanggan dengan penyedut minuman plastik selepas upacara pelancaran kempen ini," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPS di Wisma Sanyan di sini, hari ini.
Menurutnya, kempen tersebut akan dimasukkan sebagai salah satu syarat lesen yang akan dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan segera pada 1 Januari tahun depan.
Tiong memberitahu, para pemilik premis berkenaan diberi tempoh sehingga 31 Disember ini bagi menghabiskan stok penyedut minuman plastik mereka.
"Stok penyedut minuman plastik ini juga boleh digunakan secara kreatif sebagai kraf tangan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.
Mengenai perkara yang sama, Tiong memberitahu bahawa MPS akan melaksanakan larangan merokok di semua kedai makan yang diedarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang berkuatkuasa pada 1 Mac ini (esok).
"Penguatkuasaan pendidikan atau penyedaran akan dimulakan dalam tempoh enam bulan ini," tambahnya.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jemain.

 Utusan Borneo Online

Mayat warga emas ditemui dalam semak berdekatan Taman Yen Yen


KUCHING:  Mayat warga emas ditemui dalam semak berdekatan Taman Yen Yen, Matang petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Beliau memberitahu, warga emas itu dikenali sebagai Wong Awain, 76, dari Taman Sri Perkasa, Jalan Matang.

"Ya, terdapat penemuan mayat yang telah reput.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan esok hari," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat warga emas itu terbongkar selepas seorang pemotong rumput terhidu bau busuk yang datang dari arah semak berkenaan sekitar jam 2 petang hari ini.

Dia kemudiannya bertindak mencari punca dari mana datang bau tersebut sebelum terperanjat melihat terdapat mayat yang telah reput dalam semak tersebut.

Sehubungan dengan penemuan itu dia segera menghubungi pihak polis.

Utusan Borneo Online

Kemalangan dua buah lori yang membawa muatan batu

ANGGOTA Bomba berusaha mengeluarkan mangsa
SEORANG cedera manakala seorang lagi terselamat  dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di KM 22 jalan Sri Aman - Serian, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman Pegawai Bomba Kanan II Jilin anak Itar berkata, "pihaknya menerima panggilan pada jam 8.32 pagi sebelum sebelas anggota bersama sebuah jentera dan Unit EMRS bergegas ke lokasi.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian didapati kemalangan membabitkan dua buah lori membawa muatan batu.
“Pemandu lori itu Abg Noor Haidie bin Abg Hendi, 33, tersepit di tempat duduk pemandu, dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan "hydraulic rescue tool" berikutan kenderaan itu remuk, katanya.

Menurutnya, "mangsa berjaya dikeluarkan kemudiaan diserahkan kepada pihak Ambulans dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Difahamkan, seorang lagi pemandu lori Lionel Luther, 38 tiada mengalami sebarang kecederaan.

-wiraalam-

Lima lelaki disyaki terlibat curi motosikal ditangkap

DITANGKAP: Suspek-suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
MIRI: Tiga lelaki warga Indonesia dan dua lelaki tempatan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam serbuan berasingan di Niah dan Miri kelmarin setelah dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal.

Kesemua yang ditangkap dalam operasi bermula jam 11.45 pagi hingga 5.45 petang itu masing-masing berusia antara 28 hingga 36 tahun.

Ads by AdAsia
You can close Ad in 2 s
Dalam tangkapan terbabit, polis turut merampas tiga motor, sebuah komponen enjin dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Kesemua suspek yang ditangkap dalam operasi yang dinamakan Ops Lejang itu dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, dua suspek lelaki tempatan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Manakala tiga suspek warga asing disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kelima-lima suspek terbabit.

Utusan Borneo Onlinehttps://www.utusanborneo.com.my/2019/02/28/lima-lelaki-disyaki-terlibat-curi-motosikal-ditangkap

Kanak-kanak dilanggar datuk hembus nafas terakhir jam 3.00 petang semalam


KUCHING: Beberapa jam selepas bertarung nyawa akibat dilanggar pacuan empat roda milik datuknya, kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan dari Kampung Sejijak di sini menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Aqisha Laura Aisyah Mohd Nasreen Adam meninggal ketika mendapatkan rawatan sekitar jam 3.00 petang semalam.
Semalam, kanak-kanak malang ini segera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak oleh datuknya, selepas ditemui terkulai tidak sedarkan diri di bawah pacuan empat rodanya.

Dalam keadaan tidak bernafas, tindakan segera
anggota paramedik HUS sekitar jam 9.30 pagi berjaya menyedarkannya yang cedera parah di kepala.

Menurut saksi, yang juga keluarga terdekat, mangsa sebelum itu dikatakan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada datuknya sebelum dia ke tempat kerja dan kanak-kanak terbabit dilihat berlari masuk ke dalam rumah.

Bagaimanapun ketika hendak memulakan perjalananan, datuk mangsa berasa seperti terlanggar sesuatu di bawah keretanya.
Dia kemudian berlari keluar dan terkejut melihat cucunya terkulai di bawah kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Datuk malang tersebut segera mengangkat cucunya itu dan mengejarnya ke HUS,” katanya.

Mangsa menerima rawatan di Wad Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak HUS sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah kanak-kanak ini akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gita pagi ini.

Sarawak Voice

Wednesday, February 27, 2019

Pemandu terselamat kereta musnah terbakar


Miri: Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di jalan kampung Kejapil Miri di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang tadi, tiada mangsa atau sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap bomba berkata, PBK II Muhd Fadhil ketika kejadian, mangsa seorang warga tempatan sedang memandu kereta jenis Mini Cooper miliknya seorang diri jalan kampung Kejapil menuju ke pusat bandar Miri.

“Berdasarkan maklumat mangsa, ketika sedang memandu, dia ternampak asap di bahagian enjin keretanya. Bimbang dengan keadaan tersebut mangsa segera mangsa memberhentikan kereta di tepi jalan.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba api telah marak daripada bahagian enjin sehingga memusnahkan sepenuhnya kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Sarawak Edition! sebentar tadi.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah jentera Unit EMRS sebaik menerima panggilan pada pukul 5.45 petang tadi.

Tambahnya, anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenaan.

-wiraalam-

Bayi 28 hari maut dipercayai didera


BAYI perempuan berusia 28 hari meninggal dunia kelmarin dipercayai didera berikutan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan penderaan secara fizikal.

Ketua Polis Daerah Kota Samaharan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia, Taman Samarindah, Kota Samarahan yang menerima bayi itu sebagai pesakit 3.15 petang, Isnin lalu.

“Ketika dihantar ke klinik terbabit oleh bapanya, mangsa sudah meninggal dan hasil pemeriksaan mendapati badan serta kaki bayi itu ada kesan lebam lama seperti dicubit, dicakar dan dipukul.

“Hujung jari kaki dan tangan bayi juga sudah kebiruan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam mendapati ada kesan retakan pada tempurung kepala mangsa menyebabkan berlaku pendarahan dalaman.

Lee berkata, kedua-dua ibu bapa bayi itu sudah ditahan 1.30 tengah hari semalam di perkarangan Unit Forensik HUS.

“Bapanya berusia 29 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan direman selama tujuh hari.

“Perintah reman selama sehari pula diberikan kepada ibunya yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pelayan kedai makan,” katanya sambil menambah bayi adalah anak ketiga pasangan terbabit.

Katanya, kes itu pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Namun, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Harian Metro

Wanita terlibat dalam nahas ambulans selamat lahir anak lelaki


KUCHING: Wanita mengandung yang terlibat kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini selamat melahirkan anak pukul di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu.

“Pegawai penyiasat (trafik) dimaklumkan oleh doktor bertugas bahawa wanita terbabit selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3.13 pagi tadi.

“Si ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kejadian pada Selasa itu berlaku ketika ambulans dalam perjalanan menghantar wanita yang sarat mengandung itu dari Klinik Kesihatan Kota Samarahan ke HUS.

Alexson berkata, SUV dari arah Jalan Green itu tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kiri ambulans terbabit menyebabkan ia terbalik.

“Seorang jururawat mengalami kecederaan ringan, manakala pesakit (wanita mengandung) mengalami kecederaan di kepala dan telah dikejarkan ke Zon Merah Unit Kecemasan HUS untuk rawatan lanjut.

“Manakala dua lagi mangsa iaitu seorang jururawat dan pemandu ambulans tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pemandu SUV iaitu seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ismala Mat, 40, berasal dari Kampung Nakong, Kota Samarahan terdahulu dirujuk ke HUS kerana kandungan gula di dalam darahnya tinggi.

 oleh Jeremy Lanson
Utusan Borneo Online

Kanak-kanak perempuan cedera parah dilanggar datuk

Mangsa yang didukung oleh datuknya tiba untuk mendapatkan rawatan di HUS.
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan yang mulanya dikatakan sudah meninggal dunia berjaya diselamatkan anggota paramedik selepas diberikan bantuan penafasan (CPR) sebaik tiba di Hospital Umum Sarawak, Selasa.

Menurut sumber, kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu mengalami kecederaan parah di kepala selepas disyaki dilanggar datuknya dalam satu insiden di Kampung Sejijak, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada datuknya yang hendak ke tempat kerjanya iaitu sekitar pukul 9.30 pagi.

Difahamkan, mangsa kemudian dilihat masuk ke dalam rumah dan datuknya terus menghidupkan enjin kereta jenis pacuan empat roda (4WD) miliknya.

“Bagaimanapun semasa baharu memulakan perjalanan, tiba-tiba si datuk yang merasakan seperti melanggar sesuatu di bawah keretanya kemudian terus keluar dan terkejut melihat cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah kereta.

“Si datuk kemudian segera mengangkat cucunya itu dan bersama-sama ahli keluarga yang lain terus mengejarkannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Setakat petang Selasa, mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Wad Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) di HUS.

oleh Jeremy Lanson
Utusan Borneo Online

Tuesday, February 26, 2019

Betul Ke Ambulans Boleh Kena Saman Kalau Langgar ‘Traffic Light’ Merah Masa ‘Emergency’. Ini Penjelaskan Peguam Bagi Mnjawab Persoalan Ramai.


Baru-baru ni kecoh apabila sebuah
ambulans yang sedang dalam perjalanan mengambil pesakit melanggar sebuah kereta yang enggan berhenti di sebuah lampu isyarat. Akibatnya, ambulans tu terbabas dan melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lampu isyarat arah bertentangan.

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang salah sebenarnya? Kereta tu yang salah sebab tak beri laluan kepada ambulans ataupun ambulans yang salah sebab tak berhenti masa lampu isyarat merah?

Lihat ulasan terperinci yang dikongsikan oleh pakar undang-undang ni, Encik Hasif Hasan di akaun Fcebook.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.
Sekadar berkongsi pandangan mengenai kejadian di Bukit Mertajam apabila seorang pemandu kereta tidak memberikan laluan kepada ambulans hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan.

Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk?
Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah. -Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti. -Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama. -Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans , apa perasaan kita -Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital. -Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.
Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
-Pemandu ambulans juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahyakan nywa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

…pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba…
Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.

Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit.

Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan…

Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemlangan itu mengakibatkan kemtian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu…

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan dan boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, jika pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin m4ti dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemlangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan…

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera. Sekian.

Sumber resipi orang kampung kita

Kebakaran memusnahkan sebuah rumah


Limbang: Sebuah rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Tedungan Limbang di sini petang tadi.

Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi susulan menerima laporan kecemasan kira-kira jam 3.36 petang tadi.

Menurut jurucakap bomba, Tuan Tawang anak Linggem sejurus menerima maklumat kebakaran itu, 9 anggota bergegas ke tempat kejadiaan untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Anggota Bomba yang tiba di lokasi kemudiaan bertindak membuat pemadaman menggunakan sumber air dari jentera.

"Operasi pemadaman turut dibantu oleh 10 orang dari Pasukan Bomba Sukurela Kabima dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 4.31 petang", katanya.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadiaan masih dalam siasatan", tambahnya lagi.

Wanita sarat mengandung kritikal ambulans dilanggar


KUCHING: Seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan berada dalam keadaan kritikal selepas ambulans dinaikinya terbalik dalam nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Jalan Green, di sini, pagi tadi.

Akibat kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa berusia 40-an kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS), kerana mengalami trauma di kepala impak perlanggaran berkenaan.

Sumber di HUS berkata, terdahulu wanita itu dibawa menaiki ambulans dari Sungai Maong, Batu Kawa, selepas mengadu sakit mahu melahirkan anak, selain mengalami tekanan darah tinggi.
“Kita meletakkan pesakit itu di ICU untuk dipantau dari semasa ke semasa, terutama membabitkan bayi dalam kandungannya.

“Pesakit juga mengalami kecederaan di kepala dan kita sedang memantau rapi keadaannya,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh ambulans itu yang sudahpun memasang siren kecemasan untuk membawa wanita mengandung terbabit ke HUS.

Berdasarkan rakaman, kenderaan itu dipandu secara laju sebelum melanggar ambulans terbabit di persimpangan lampu isyarat.

Sementara itu, pemandu ambulans berusia 40-an terbabit yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dipandunya baru melepasi Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dengan siren kecemasan sudah dipasang.

“Akibat rempuhan kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki warga emas itu, ambulans gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan berdekatan lampu isyarat.

“Perlanggaran itu menyebabkan ambulans remuk di bahagian pemandu, termasuk cermin pecah, manakala dua jururawat cedera ringan dan trauma kerana kejadian berlaku cukup pantas.

“Saya juga terkejut kerana kali pertama berdepan kejadian sebegini. Jika bukan kerana memakai tali pinggang keselamatan, kecederaan saya alami mungkin lebih parah,” katanya yang luka tangan kanan terkena serpihan kaca.

Pemandu warga emas itu dipercayai cuba mengejar lampu hijau ketika kejadian sebelum melanggar ambulans terbabit.

Sejurus perlanggaran berlaku, lelaki berkenaan dikatakan keluar dari kenderaan sambil berulang kali memohon maaf.

“Dia keluar dan meminta maaf. Selepas itu, saya dimaklumkan dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga,” katanya.

Berita Harian

Monday, February 25, 2019

14 DIKESAN POSITIF DADAH DAN SEORANG DITAHAN MEMILIKI DADAH DI SRI AMAN.




25.2.2019 @ ISNIN
Operasi bersepadu Khas sempena Program Jerayawara One Stop Commitee (OSC) Bagi Menangani isu Dadah Dan substance MIDS Sempena Bulan Antidadah yang Diketuai Jabatan Siasatan Jenayah narkotik sri aman dengan kekuatan anggota seramai 42 orang dari 4 buah agensi kerajaan bertempat 3 lokasi berbeza di bandar Sri Aman telah berjaya mengesan 12 orang lelaki dan 2 orang perempuan berusia lingkungan 20an hingga 50an didapati positif dadah. jenis SYABU @ METHAMPHETAMINE, THC @ GANJA dan seorang dari saspek di tahan pihak PDRM diatas kesalahan memiliki dadah.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah sementara menunggu keputusan dari Makmal  untuk keputusan muktamad samada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama 2 tahun.

4 BUAH AGENSI

1.PDRM = 7 ANGGOTA
2.AADK SRI AMAN= 6 ANGGOTA
3.AADK NEGERI=25 ANGGOTA
4.JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT = 2 ANGGOTA
5.PEJABAT DAERAH= 2 ORANG

PGA Sarawak temui pacuan empat roda curi di laluan sempadan Malaysia-Indonesia


SERIAN: Pemerhatian dan tindakan cekap sepasukan anggota Batalion Ke-11, Pasukan Gerakan Am Sarawak berjaya menyelamatkan sebuah pacuan empat roda daripada dilarikan ke negara jiran di sempadan Malaysia-Indonesia di sini awal pagi tadi.

Pegawai Memerintahnya, Superintendan Rosdi Inai berkata, kenderaan tersebut ditemui oleh seorang pegawai dan tujuh anggotanya sekitar jam 2.00 pagi ketika sedang melaksanakan rondaan rutin Op Batas Risik di Kampung Melikin.

“Siasatan awal kita mendapati pacuan empat roda jenis Isuzu berwarna biru itu telah disembunyikan di laluan tersebut, sementara menanti untuk dibawa ke seberang.
“Pasukan serbuan telah melakukan intipan dan menanti lebih dua jam, namun tiada sesiapa yang muncul untuk mengambil kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Katanya lagi, semakan nombor pendaftaran pula mendapati kenderaan ini dilaporkan hilang di Sungai Merah (Sibu) pada 15 Februari lalu.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kenderaan yang dianggarkan bernilai RM40,000 telah diserahkan kepada Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.

Rosdi turut merayu agar masyarakat sempadan memberi kerjasama penuh dan maklumat kepada pihak polis dalam menangani jenayah rentas sempadan di negeri ini.

Sarawak Voice

Lori membawa tangkai sawit terbabas di jalan Suri Debak


Betong: Pemandu lori warga indonesia terselamat apabila lori yang membawa muatan tandan sawit terlibat  dalam kemalangan kendiri di jalan Suri Debak di sini petang tadi.

Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betonh diketuai PBK ll Sapuan bin Abu bersama 9 anggota bergegas ke lokasi kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kejadiaan pada pukul 2.58 petang.

Menurut jurucakap bomba PBK II Sapuan Abu berkata, "kemalangan tersebut berlaku apabila lori yang dipandu tiba -tiba hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

"Mangsa dikenali sebagai Radinar bin Mortan, 34, berasal dari Indonesia berjaya keluar dengan sendiri dan telah mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan diberi rawatan awal oleh unit EMRS Bomba dan dibawa ke hospital Betong bagi mendapatkan rawatan", katanya.
Operasi ditamatkan pada pukul 3.33 petang.

'James Bond Iban' di karpet merah Oscar

PENAMPILAN Henry Golding di Anugerah Akademi ke-91 mencuri tumpuan wartawan di Hollywood. - Gambar AP
KETAMPANAN aktor Henry Golding dengan persalinan tuxedo ketika melangkah ke karpet merah Oscar membuatkan namanya meniti di bibir wartawan Hollywood.

Mengenakan tuxedo jenama Ralp Lauren, gaya dan aura Henry saling tidak ubah seperti lelaki bernama James Bond.

Penampilannya di majlis Anugerah Akademi ke-91 itu membuatkan media terus tertanya-tanya sejauh mana kebenaran lelaki berdarah Iban - Inggeris itu akan memegang watak ejen perisik kasanova itu.

Sebelum ini, ketika ditemui wartawan TMZ di Lapangan Terbang Los Angeles, Henry tetap mengunci mulutnya daripada bercakap mengenai tawaran membintangi filem ke-25 dalam siri James Bond.

Henry yang juga pelakon utama filem Crazy Rich Asians itu sekadar melemparkan senyuman meninggalkan teka-teki.
Selain Henry, nama-nama lain yang turut disenaraikan sebagai James Bond ialah Tom Hardy dan Richard Madden.

Pelakon-pelakon lain seperti Naomie Harris, Ralph Fiennes dan Lea Seydoux akan mengadakan kemunculan semula dalam filem James Bond yang terbaharu.

APAKAH watak James Bond sudah sah milik Henry Golding? - Gambar AP
Sebagai pelakon Malaysia yang mula menempa kemasyhuran di Amerika Syarikat (AS), Henry memberitahu, dia kini sedang melalui sebuah kehidupan yang menggembirakan.

Masakan tidak, dia kini sudah berdiri sebaris dengan bintang-bintang Hollywood Gred A dan berpeluang menghadiri acara Oscar yang menjadi dambaan sebilangan besar selebriti di dunia.

Dalam temubual dengan personaliti televisyen dan hos  E! News,  Giuliana Rancic mengakui, berjalan di karpet merah dan berada dalam kelompok selebriti ternama dunia sangat menakjubkan.

Kepada Rancic, Henry mendedahkan yang dia telah menonton filem lakonannya, Crazy Rich Asians antara 14 hingga 15 kali.

"Saya telah menonton filem itu mungkin antara tiga atau empat kali di pawagam tetapi jika termasuk menonton di majlis tayangan perdana semuanya mungkin antara 14 hingga 15 kali," kata Henry berkongsi cerita dengan Rancic keitka diwawancara di karpet merah.

Selain Henry, seorang lagi pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh juga menghadiri anugerah Oscar ke-91 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, AS.


Astro Awani

Maksud disebalik tatu 'Bunga Terung'


Kaum Iban Sarawak memang cukup terkenal dengan negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Salah satu kaum yang cukup terkenal dengan keunikannya pakaian tradisional, tarian tradisi turun temurun ialah masyarakat kaum Iban.

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Suatu ketika dahulu masyarakat Iban di negeri ini terkenal dengan tradisi ngayau yang membawa maksud memenggal atau memburu kepala musuh.

Kisahnya pernah diabadikan oleh penulis terkenal Barat, Carl Bock di dalam bukunya The Head Hunters of Borneo yang diterbitkan pada 1881.

Kira – kira tiga juta orang Dayak yang merangkumi suku Iban , Melanau , Orang Ulu , Kayan , Penan dan lain-lain yang menetap di sarawak . Setiap suku ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri yang sukar ditemui Selain di Sarawak

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara suku-suku kaum ini namun terdapat satu persamaan yang umum iaitu tradisi mencacah tatu.

Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.

Tatto bagi masyarakat Iban dimasa lampau merupakan simbol fisik yang secara langsung memperlihatkan sosial seseorang dalam masyarakat.

Bagi masyarakat dayak Iban terdapat tujuh bentuk motif Tatto biasa yang digunakan oleh masyarakat dayak Iban saat ini iaitu ukir rekong, bunga terong, ketam, kelingai, buah Andu, bunga Ngkabang atau bunga tengkawang, bunga terung keliling pinggang.

Dari sisi mitologis, masyarakat Dayak Iban percaya Patara (Tuhan) menghendaki orang Iban bertatto sebagai penanda bagi Patara untuk mengenali orang-orang Iban.

Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud ‘bunga terung’ yang dicacah di bahu kanan dan kiri mereka. Tatto bermotif bunga terong tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat.

Tatto bungga terong merupakan hasil dari seni dan tradisi di Kalimantan Barat. Tatto bunga terong merujuk maknanya pangkat atau kedudukan sebab umumnya letak pertama ada di bahu.

Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang mempunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga.

Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Di tengah ‘bunga terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yang mengembara.

Bagi masyarakat Dayak Iban, seseorang yang memiliki tatto bunga terong di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bererti orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman.

Selain itu maksud tatto bunga terong juga merupakan satu petanda mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan.

Di Semenanjung, tatu secara umumnya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar suka-suka. Namun, bagi masyarakat Iban di negeri ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status seseorang lelaki.

Anak iban page

Kesemua penumpang feri terselamat


“FERI ini baru berlepas dari Terminal Feri Langkawi pada 2.45 petang dan kira-kira lima minit kemudian saya terhidu asap kuat menyebabkan semua penumpang cemas,” kata Fatihah Arshad, 29.

Fatihah adalah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim yang juga antara 52 penumpang termasuk kanak-kanak yang terselamat dalam kebakaran feri dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis.

Dalam kejadian, kesemua mangsa diselamatkan oleh beberapa bot persendirian yang kebetulan berada di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Fatihah, ada sebahagian penumpang sempat memakai jaket keselamatan manakala sebahagian lagi tidak sempat berbuat demikian.

Katanya, dalam keadaan cemas itu, dia dan beberapa penumpang sempat melompat ke dalam bot sebelum api marak.

"Bagaimanapun semua penumpang berjaya diselamatkan dan dapat meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.

"Kebakaran dipercayai bermula di bahagian belakang enjin bot feri berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fatihah berkata, sebaik menyedari api mulai membakar feri dan penyelia feri kemudian mengarahkan kesemua penumpang keluar melalui pintu hadapan feri.

Kemudian kesemua penumpang diselamatkan dua bot persendirian yang ketika itu berada di lokasi kejadian dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Usaha pemadaman sedang dilakukan bomba Langkawi dengan bantuan Jabatan Laut Kedah.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran membabitkan feri penumpang itu.

Harian Metro

Sunday, February 24, 2019

Seorang pelajar dikhuatiri lemas bot karam di Sungai Kanowit


KANOWIT: Seorang pelajar Tingkatan 3 dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama empat penumpang lain karam di Sungai Kanowit pada tengahari tadi.

Maklumat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kanowit memberitahu, mangsa yang dikhuatiri lemas itu dikenali Carlos Taei, 15.
Bomba yang menerima panggilan kecemasan daripada IPD Kanowit kira-kira jam 1.47 petang, bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota termasuk komander operasi. Operasi mencari menyelamat terus mangsa kini dipergiatkan.

Kereta rempuh belakang lori tangki minyak sawit


Seorang lelaki terselamat dan mengalami kecederaan ringan setelah kereta Mercedes yang dipandu merempuh bahagiaan belakang  lori tangki yang membawa muatan minyak sawit di kawasan batu 8 Sibu pagi tadi.

Dalam kejadiaan kira-kira jam 8.15 pagi itu lori tangki diparkir di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.
Impak perlanggaran kuat lori tangki tersebut telah bocor dan minyak kelapa sawit telah tumpah ke atas jalan.

Pihak Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dengan kekuatan 8 anggota ke lokasi bagi membersih tumpahan minyak tersebut dan difahamkan operasi  kini masih lagi di teruskan.

Sehubungan dengan itu pengguna jalan raya ke Sibu diingatkan agar berwaspada melalui kawasan tersebut.

-wiraalam-

Saturday, February 23, 2019

Seorang kelindan lori ditahan kerana disyaki merogol teman wanitanya berusia 14 tahun yang kini mengandung 20 minggu.


SIBU: Seorang kelindan lori ditahan kerana disyaki merogol teman wanitanya berusia 14 tahun yang kini mengandung 20 minggu.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek ditangkap Khamis lalu susulan laporan polis dibuat oleh selepas ibu mangsa, 29 tahun.

Katanya, wanita tersebut membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan selepas mengesyaki remaja tersebut mengandung dan kemudian dinasihatkan oleh pihak hospital untuk membuat laporan polis kerana anaknya masih bawah umur dan tiada sijil perkahwinan.

Menutut Stanley, Ibu mangsa mengetahui mengenai kandungan mangsa minggu lepas apabila mangsa jarang pulang ke rumah sejak tinggal bersama suspek serta keluarga sejak Jun tahun lepas.

"Gadis itu telah berhenti bersekolah ketika berada di Tingkatan Dua. Dia telah berkenalan dengan suspek pada Mac 2018, dan kedua-dua pihak keluarga telah bersetuju (merestui) hubungan mereka," kata Stanley

Suspek juga dikatakan bersetuju untuk bertanggungjawab atas kehamilan remaja itu yang dijangka bersalin awal pada Julai ini.

Difahamkan, suspek dibebaskan pada Jumaat dengan jaminan polis selepas rakaman kenyataan dan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) diambil.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

oleh Michael Ubam
Utusan Borneo Online

Penduduk Meludam gempar seekor buaya sesat berkeliaran di atas jalan


MALUDAM: Penduduk Maludam gempar apabila diziarahi seekor buaya sesat berkeliaran di atas jalan raya perumahan yang dilitupi banjir, semalam.

Gambar buaya tersebut sempat diambil setelah ia berhenti seketika selepas menjamah beberapa ekor itik peliharaan penternak di kampung Belakang Pasar Maludam tersebut.

“Pada mulanya kami ingatkan kayu yang terapung oleh air naik pasang, namun tersedar apabila melihat objek tersebut bergerak dan matanya sinar tajam apabila disuluh,” jelas seorang warga penduduk yang melihat kejadian.

Kelibat buaya berukuran kira-kira dua meter itu dikatakan naik ke permukaan sekitar 7 malam akibat banjir sekaligus timbul diluar rumah penduduk yang berdekatan dengan parit besar.
Manakala, Sehan Hassan, 25, berkata, mereka sudah biasa dengan kehadiran sang bedal itu di kawasan perairan Maludam.

“Kami tidak menangkapnya, sebaliknya hanya membiarkannya pergi dan memberi peringatan penduduk lain agar lebih berhati-hati ketika banjir kerana tidak mahu hal yang tidak diingini berlaku,” ujar beliau ketika dihubungi,semalam.

Beliau menambah, air akan mulai naik membanjiri kawasan kampung sekitar 6 petang dan surut pada sebelah malam, sekitar 11 malam.

Sarawak Voice

Keadaan di Feri Teriso petang kelmarin


Keadaan yang terpaksa di lalui oleh pengguna feri Teriso Sebuyau petang kelmarin.

”GIGITAN CINTA” DI GERUK BONGKAR RAHSIA

Gambar Hiasan
BAU: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditangkap kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat.

Difahamkan suspek,26 tahun dan berasal dari Kampung Pelaman Sepadah, di sini ditangkap susulan laporan yang dibuat oleh seorang pegawai perubatan selepas memeriksa mangsa di Hospital Bau.

Sumber memberitahu mangsa yang masih bersekolah dalam tingkatan dua itu terdahulunya dihantar oleh ibunya ke hospital untuk pemeriksaan kerana risau terdapat kesan calar pada tangan dan lebam di leher mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di leher mangsa adalah ‘gigitan cinta’ dan mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.

“Mangsa kemudian turut mendedahkan identiti suspek dan satu laporan polis telah dibuat pihak hospital kerana risau akan keselamatan mangsa dikemudian hari,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon yang mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi, memberitahu suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek sudah berkenalan sejak September 2017 dan pada 28 Januari lalu, mangsa dijemput suspek ke rumahnya dan mereka telah melakukan hubungan seks.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan mangsa akan dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak Sabtu ini (hari ini),” katanya di sini semalam.

Bercakap mengenai suspek, Poge memberitahu suspek mempunyai kecacatan fizikal akibat kemalangan jalan raya dan pemegang kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyatakat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

oleh Jeremy Lanson
Utusan Borneo Online

DUA lori termasuk sebuah lori tangki yang terbabit kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)


DUA lori termasuk sebuah lori tangki yang terbabit kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Slim River terbakar dan dikhuatiri terdapat seorang mangsa dalam kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 8.51 pagi tadi dan operasi pemadaman dan menyelamat sedang giat dijalankan.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati dua lori terbabit kemalangan dan terbakar. Terdapat seorang mangsa berdasarkan maklumat awal.

"Operasi pemadaman dan menyelamat sedang dijalankan membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dengan dibantu Balai Tapah dan Bidor," katanya.

Sementara itu, laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan semua lorong di laluan terbabit terhalang dan trafik terhenti dari arah Slim River ke Sungkai susulan kemalangan itu.

Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Slim River.

Harian Metro

Wanita nyaris maut

Kuching: Seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandu terlibat dalam kemalangan di Batu 3 1/2, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce  di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.29 pagi itu, wanita yang memandu kereta Toyota Vios, berusia 32 tahun dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum merempuh pembahagi jalan.

Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang yang dihubungi tiba di tempat kejadian sekitar jam 1.35 pagi.

Pemandu terbabit berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba seterusnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.
Operasi tamat pada jam 2.39 pagi.

-wiraalam-

Friday, February 22, 2019

Berpantang maut sebelum ajal


SEORANG nelayan terselamat apabila perahu yang digunakannya pecah sebelum karam di Muara Kabong hari ini.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 4 kilometer dari jeti Kabong itu mengakibatkan perahu mangsa mengalami kerosakan teruk akibat terkandas di benteng pasir.

Bagaimanapun Johan Haji Senawi yang berasal dari Kampung Hilir Laut bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaaan.

Mangsa diselamatkan oleh bot nelayan lain yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Rajang Update

Petrol naik 10sen, diesel kekal walau patutnya lebih tinggi


Harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 meningkat 10 sen mulai tengah malam ini untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan peningkatan itu menjadikan harga runcit RON95 RM2.08 seliter berbanding RM1.98 seliter.

RON97 pula - yang berada pada paras RM 2.25 seliter pada mulai Jumaat lalu - akan dijual pada harga RM2.38 seliter.

Bagaimanapun harga runcit bagi diesel kekal RM2.18 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong ole

h faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya.

Katanya sebelum ini harga komoditi itu ialah AS$63.11 setong sebelum meningkat kepada AS$66.91 setong.

Bagi produk diesel, kata kenyataan dikeluarkan itu, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 setong kepada AS$79.11 setong.

"Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter. Namun selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan - iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel - maka harga runcit diesel bagi tempoh 23 Februari 2019 sehingga 1 Mac 2019 terus dikekalkan pada paras RM2.18 seliter," katanya.

Malaysia Kini

Bantal busuk oooo bantal busuk

Bantal busuk
Sapa ada tabiat tok?

Jangan kata biak kecil, mak biak dan bapak biak pun ada yang masih nyimpan bantal retro 90-an aka bantal busuk tok.

Adanya madah sik dapat tido mun sik peluk bantal busuk, siap madah sik dapat pelok cium pun jadilah.

Macam ni dak bau dengan air liur basik dari kecik sampai ke besar semua dibank in dibantal ya 😂.

TAPI kitak orang perlu tauk juak bantal busuk boleh menjadi sarang kuman dan hama !!

Sidak saintis madah, mun bantal yang dah berusia lebih daripada 2 tahun, sidak hama daripada habuk dan sel kulit yang mati akan memenuhi bantal.

Macam-macam penyakit seperti dak selesema, alergi, gatal-gatal mata semua ya akibat daripada kuman-kuman yang "menemani waktu tidur siang dan malam ku" (bunyi lagu 😁)  di atas bantal dan katil ktk orang.

Pas tok sapa ada simpan bantal busuk tok, rajin-rajinlah kitak orang jemor dibah cahaya matahari supaya dapat munoh hama-hama yang merbahaya ya.

Tag kawan-kawan kitak orang yang ada tabiat tok.

-wiraalam-

Garam gunung Krayan cecah RM18 sekilo di Malaysia

KE PASARAN: Nofolde menunjukkan garam yang sudah siap diproses dan sedia untuk dijual.
PENDUDUK Krayan terkenal dengan kerajinan dalam melakukan pekerjaan untuk menambah sumber pendapatan.
Selain menanam padi adan dan menternak kerbau, penduduk Krayan memproses garam untuk dijual di negara jiran.

Di sini, garamnya diperbuat dengan mengambil dan merebus air bawah tanah yang mengalir daripada gunung. Justeru tiada istilah ‘garam di laut asam di gunung dalam periuk bertemu juga’, sebaliknya ‘garam di gunung asam di gunung’, tidak aneh bertemu dalam periuk.

Terdapat kira-kira 33 mata air garam di seluruh Krayan, satu daripada yang aktif memproses garam gunung ialah di Pondok Pengolahan Garam Gunung Pa’ Nado di Long Midang di Kalimantan Utara bersempadan dengan Ba’ Kelalan.

Garam gunung atau ‘tucu’ dalam kalangan masyarakat tempatan ini bukan hanya digemari penduduk Krayan malah menjadi kegemaran orang Malaysia dan Brunei.
Difahamkan, garam gunung di Krayan berasal daripada air laut di dalam tanah selama berjuta-juta tahun lalu semasa dataran tinggi itu masih ditutupi laut.

Pengusaha garam gunung Nofolde Martinus berkata, kaedah pemprosesan garam gunung di situ mudah dengan hanya menimba air masin dari perigi bawah tanah.
Katanya, air itu kemudian dimasak dalam tong drum yang dibelah dua dan diletakkan di atas tungku batu besar.

“Terdapat tiga drum di sini, dua daripadanya untuk memasak dan satu lagi untuk menyimpan air masin. Proses memasak dan menguapkan air masin itu sehingga tinggal kristal-kristal garam mengambil masa 24 jam.

“Selepas itu, mendapan garam yang masih basah itu akan dijemur. Pemprosesan garam gunung ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga terdiri daripada tiga hingga empat orang,” kata Nofolde ketika ditemui Utusan Borneo di Pondok Pengolahan Garam Gunung Pa’ Nado di Long Midang, Krayan Kalimantan Utara.
Sekali-sekala Nofolde mengambil penapis untuk membuang buih-buih air dan sisa-sisa air garam yang kelihatan terapung di permukaan rebusan.

Katanya, warna garam yang dihasilkan bergantung dengan kejernihan air masin yang ditimba daripada perigi bawah tanah.

Walaupun rasanya tidak jauh beza dengan garam laut, namun kaedah pemprosesan dan sumber air menjadikan garam gunung ini unik dan mendapat sambutan dalam  kalangan pembeli.

Sara, seorang lagi ahli keluarga berkata, mereka menggunakan kayu keras dikenali sebagai kayu malaban, untuk merebus air masin kerana ia tahan lama berbanding kayu biasa.

Katanya, mendapan garam yang masih basah kemudian akan dijemur dua hingga tiga jam bergantung dengan keadaan cuaca, dan selepas itu dibungkus menggunakan daun atau disimpan dalam plastik.

Sara menambah, setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing, ada yang mengambil kayu, menjaga api dan menjemur garam.

“Setiap bulan kami berupaya memproses hampir 50kg garam gunung yang dijual dengan harga antara RM15 hingga RM18 sekilo bergantung dengan tukaran mata wang,” kata Sara sambil menambah garam gunung mendapat sambutan baik di Malaysia dan Brunei.

Bagi penduduk Krayan, mereka sudah lama memanfaatkan hubungan baik dengan rakyat Malaysia kerana lebih mudah memasarkan produk seperti beras, kerbau dan garam gunung ke sana berbanding negara mereka sendiri, Indonesia.

oleh Sudan Ajang
Utusan Borneo Online

Belah perut isteri kerana 'password' telefon


Bengkulu: Gara-gara berang tidak dibenarkan memeriksa telefon milik isterinya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak leher wanita itu yang sarat hamil sebelum membelah perut dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa.

Bangka Pos melaporkan, dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Jaya Kota Bengkulu semalam, wanita itu yang dikenali sebagai Erni Susanti, 29, maut manakala anaknya pula selamat dan dirawat di hospital.

Jurucakap polis berkata, suspek yang dikenali sebagai, Romi Sepriawan, 30, sering bergaduh dengan isterinya selepas wanita itu enggan memberitahu kata laluan di telefon bimbitnya.

Katanya, pada malam kejadian, pasangan itu sekali lagi bergaduh dan secara tiba-tiba Romi mengambil parang sebelum menetak leher isterinya yang berbaring di atas katil.

“Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Suspek kemudiannya keluar rumah sambil mendukung bayi berkenaan dan menyerahkan kepada seorang jiran untuk dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, bayi berkenaan selamat dan dirawat di hospital manakala suspek ditangkap di rumah berkenaan.

Sumber Harian Metro

Wanita disahkan mati selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta


KUCHING: Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya di Jalan Padungan di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Alice Ong berusia 48 tahun itu terdahulunya dikatakan terlibat dalam kemalangan jalan raya iaitu sekitar jam 5 petang.
“Bagaimanapun dia tidak keluar dari dalam kereta sehingga menyebabkan orang awam yang menyedari kemalangan tersebut segera memeriksanya ke dalam kereta dan mendapati dia tidak sedarkan diri.

“Mereka kemudian terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Difahamkan mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang turut hadir di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis yang kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Sumber selain itu turut memberitahu mangsa yang bekerja di sebuah syarikat berdekatan tempat kejadian juga mengalami masalah kesihatan.
Beberapa ahli keluarga mangsa turut dilihat hadir di lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Utusan Borneo Online

RIP pegawai polis rebah ketika bertugas

Wilson Nohek rebah ketika menerima rawatan di klinik swasta sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River, petang tadi.

SLIM RIVER: Seorang pegawai polis rebah ketika menerima rawatan di klinik swasta sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Inspektor Wilson Nohek, 39, yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Bahagian Antimaksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, sebelum itu mengadu sakit dada ketika sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kira-kira jam 5 petang, pegawai terbabit sedang menjalankan Ops Pintu bersama beberapa anggota lain di kawasan Slim River berdekatan Pasar Raya Econsave .

“Kira-kira 10 minit kemudian pegawai berkenaan yang berasal dari Kuching, Sarawak mengadu sakit dada sebelum terus mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran pasar raya itu.

“Pihak klinik kemudian memaklumkan pegawai berkenaan rebah di klinik dan terus dihantar ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mendiang meninggalkan seorang isteri, Vivianne Arina Malumpang dan tiga anak berusia tiga, enam dan tujuh tahun.
Wan Kamarul Azran berkata, mendiang akan dibawa pulang ke kampung halamannya dan akan dikebumikan di Kampung Bau, Kuching.

BH Online

Kucing kesayangan dibaham ular

Seekor ular sawa melingkar di dalam sankar kucing 
Pemilik rumah terperanjat apabila menemui seekor ular sawa melingkar kekenyangan dalam sangkar kucingnya di kediamannya di Jalan Appolo Sibu di sini, awal pagi tadi.

Kejadiaan disedari ketika hendak memberi makan kucing kesayangan yang dikurung dalam sangkar berkenaan.
Beliau percaya seekor kucing miliknya, telah dibaham ular sawa tersebut.

Bimbang dengan keselamatan diri, dia kemudian menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu untuk membantu menangkap ular tersebut.

Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan kekuatan tiga anggota bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 pagi.

Tiba di lokasi pada jam 6.46 pagi, Ketua Pasukan PBK II Joshep Balun berjumpa dengan pengadu dan bertanyakan lokasi ular yang dinyatakan.

Ular sawa batik sepanjang 10 kaki di dalam kandang kucing tersebut kemudian berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas.

Reptilia tersebut kemudian dilepaskan ke habitat asalnya dan operasi tamat pada pukul 7.06 pagi.

-wiraalam-

Thursday, February 21, 2019

TETAMU MISTIK


Dahulunya saya berkhidmat di sebuah hospital daerah di kuala pilah Negeri sembilan. Saya ‘membesar’ di hospital tu, senang cite lah kan.

Untuk makluman semua, kat hospital ni, bertempat di dewan bersalin tu ada kaunter saringan yang kini dinamakan Patient assesment centre ( PAC ). Dulu-dulu tkde PAC ni, tapi fungsinya lebih kurang sama - sebagai kaunter saringan awal, nak tentukan sama ada pesakit mengandung ni boleh balik ke rumah, perlu masuk wad dulu ataupun perlu dimasukkan dalam dewan bersalin, yelah nak bersalin kan. Semuanya lepas penilaian doktor.

Dulu-dulu kaunter saringan ni dijaga oleh seorang bidan. Bidan ni sebahagian dari kumpulan jururawat. mereka adalah bidan sebenar yang sudah lama jadi bidan di kampung-kampung diberikan kursus dan latihan dan diangkat menjadi bidan terlatih yg lazimnya berkhidmat di kaunter saringan membantu jururawat terlatih dan jururawat masyarakat. Kalau korang ingat lah, depa ni ada reben hijau kat kepala. Skang tak jumpa dah.

So pada satu malam tu saya oncall, biasa kalau oncall labour room ni keja nye mencekik je. Makan tak henti-henti. Murah rezeki orang cakap. Ada je akak akak misi ( yang pangkat nenek-nenek ) masak macam-macam. Rezeki jangan ditolak, so kita makan lah dulu. Jom. Kalau bizi nanti, kencing pun tak sempat!

Settle makan, saya suka lepak kat kaunter saringan depan tu sebab akak bidan tu rajin bercerita macam-macam. Membawang lah senang cite. Sedang menumis bawang, tetiba pintu labour room - masa tu guna pintu automatik, so kalau ada orang nak lalu censor tu akan detect dan buka sendiri. Pintu automatik ni tetiba terbuka dan terbuka sendiri, sedangkan tiada apa yang berada di depan pintu untuk dikesan oleh censor tu
Akak bidan tu mukanya berubah, jadi lain. Dia tinggalkan keja-keja menulis masa tu, lantas tarik tangan saya untuk masuk ke dalam.

“Cepat doktor, kita masuk dalam. Jangan duduk kat kaunter ni !”

Saya dalam kehairanan follow lah bidan ni masuk ke dalam labour room. Yelah tetiba je kan berlari masuk dalam. Ape hal lak kan?

Lama bidan tu diam.. lepas dah reda - pintu tu tak terbuka dan tertutup lagi, bidan tu mula bercerita.

“Ada benda nak lalu tu doktor. Tak elok dok kat kaunter. Nnti kita kena kacau”
Pastu bidan pergi ke tempat utiliti kotor, tertinjau-tinjau sekeliling

“Akak cari ape tuh?”

Bidan diam membisu, sambil matanya ligat melilau mencari-mencari sesuatu di ruang utiliti kotor

“Emmmm patutlah benda tu nak lalu, ada uri sapa-sapa lah ni dorang lupa nak bagi kat patient ni. Haihh, memang akak pantang simpan-simpan uri dalam
labour room ni”

.....
Amacam ada beran tido sensorang malam jumaat ni ?

Kredit Muhammad Izzad

Tiga belia diperintah jalani rawatan pemulihan

Tiga belia diperintah jalani rawatan pemulihan

KOTA SAMARAHAN: Tiga orang belia diperintah menjalani rawatan dan pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, hari ini.


Menurut kenyataan media daripada Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Samarahan, arahan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Kota Samarahan terhadap tiga lelaki yang masing-masing berusia 22, 28 dan 31 tahun itu berkuat kuasa serta-merta.
Semua lelaki rakyat tempatan yang berasal dari Samarahan itu dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 6(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1983, yang membawa hukuman arahan menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun di PUSPEN.

Mengikut fakta kes daripada Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Samarahan, tiga belia itu ditangkap di atas kesalahan positif dadah jenis syabu.

Ini adalah tindakan susulan dari kes yang ditangkap sebelum ini, iaitu suspek diikat jamin keluarga selepas ditangkap dan mereka semua dikhendaki hadir untuk jaminan pada tarikh yang ditetapkan.

Bagaimanapun, semua suspek gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk jaminan tersebut dan tangkapan semula dilakukan semalam. Pejabat AADK Kota Samarahan diketuai oleh, Lorita Racha

Sumber Sarawak Voice

JAMES BOND IBAN' GANTI DANIEL CRAIG? Henry Golding disebut-sebut sebagai pengganti Daniel Craig dalam edisi terbaharu filem James Bond

Apakah 2019 akan menyaksikan selebriti Asia menjadi bintang pujaan di Hollywood selepas kumpulan K-Pop, BTS menguasai pasaran Amerika Syarikat?

Barangkali juga, kemasyhuran yang sedang dinikmati oleh Blackpink memberi petanda bahawa inilah peluang keemasan yang harus direbut oleh artis-artis dari Asia.

Lalu, apabila berita watak perisik Inggeris, James Bond bakal digalas aktor tampan kelahiran Betong, Sarawak, Malaysia, Henry Golding, itu merupakan khabar yang paling manis buat industri hiburan.

Seandainya khabar itu sudah dimeterai dalam kontrak tawaran, tentu sekali Henry bakal melakar sejarah paling cemerlang dalam profil seninya selepas namanya hangat diperkatakan dalam filem Crazy Rich Asians pada 2018.

Sebetulnya, cadangan Henry, 32 tahun, melakonkan watak James Bond itu sudah lama menjadi bahan perbincangan netizen di media sosial.

Bahkan, sewaktu sibuk mempromosikan filem Crazy Rich Asians di Hollywood, nama Henry juga disebut oleh personaliti terkenal Hollywood, Jimmy Fallon ketika aktor tampan itu diwawancara dalam program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Lantaran mengagumi perjalanan seni Henry, Fallon secara spontan mencadangkan pelakon berdarah Inggeris-Iban itu menjadi tunggak utama James Bond.

"Saya mahu katakan inilah James Bond yang akan datang," kata Fallon mengundang tepukan penonton program berkenanaan.
Semasa muncul sebagai muka depan majalah GQ pada November tahun lalu, peminat-peminat Henry beramai-ramai memuat naik status meminta pelakon itu ditampilkan sebagai James Bond seterusnya menggantikan Daniel Craig.

Segelintir pihak dalam industri filem Hollywood bersifat skeptikal terhadap spekulasi nama Henry sebagai James Bond kerana dia bukan orang Inggeris asli.
Sebaliknya, bagi mereka amat sukar untuk lelaki berdarah Iban itu menggantikan aktor Inggeris asli yang selama ini menjadi sinonim dengan filem risikan popular itu.

Bagaimanapun, jika latar belakang Henry, ketampanannya serta profil seninya diambil kira, ditambah dengan darah Inggeris dan Asia yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya, kenapa tidak?

Henry akan memberi nilai tambah kepada Hollywood kerana pengaruhnya di rantau Asia tidak harus diperkecilkan, lebih-lebih lagi selepas filem Crazy Rich Asians yang dibintanginya mendapat sambutan luar biasa.

Sekali lagi, seandainya benar Henry menjadi pilihan produksi James Bond untuk siri ke-25 filem perisikan itu, maka bekas personaliti televisyen itu bakal mengulangi sejarah yang dilakar pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang bergelar gadis Bond dalam Tomorrow Never Dies yang diterbitkan pada 1997.

MUNGKINKAH rakyat Malaysia akan menyaksikan Henry Golding mengulangi sejarah Michelle Yeoh? - Gambar Instagram Henry Golding

Namun begitu, keterujaan mengenai spekulasi Henry sebagai ejen 007 masih belum terjawab lantaran aktor itu lebih senang berdiam diri.
“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya seperti dilapor portal berita TMZ pada Isnin.

James Bond edisi ke-25 disasarkan untuk tayangan pada 14 Februari 2020 di United Kingdom.
Pemegang watak James Bond yang terakhir, Craig pula tidak dapat memberikan komitmen untuk siri terbaharu ini kerana terikat dengan jadual penggambaran filem lain.

Sumber: AWANI