RUMAH kediaman musnah terbakar |
Kabong: Sebuah keluarga mendiami sebuah rumah kayu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di kampung Hilir Sesang, Kabong, di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, PPgB Nazry Bin Mohamat berkata kebakaran tersebut dianggarkan berlaku lewat malam tadi.
Katanya, bomba menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12.29 tengah malam.
"Ketika bomba sampai di lokasi kejadian rumah mangsa terbakar pada tahap seratus peratus. Api membakar rumah mangsa begitu pantas kerana struktur rumah mangsa dibuat daripada kayu.
“Berdasarkan siasatan awal, rumah terbabit didiami oleh sebuah keluarga jumlah keseluruhan adalah seramai tujuh orang.
“Semua mangsa terselamat namun punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sarawak Edition sebentar tadi.
Menurut Nazry, turut musnah dalam kebakaran tersebut tiga buah motosikal yang sedang dibaiki. Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 30 minit mengawal dan seterusnya memadam kebakaran rumah mangsa.
No comments:
Post a Comment