Mangsa dalam keadaan sedar dan diberi rawatan oleh pihak perubatan. Gambar ihsan Bomba |
Kuching: Seorang lelaki terjatuh dari Jambatan Darul Hana Waterfront Kuching di sini sebentar tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Aziz berkata, seramai sepuluh anggota bergegas ke lokasi setelah terima panggilan berkaitan kejadiaan pada pukul 9.00 malam.
"Setiba di tempat kejadiaan, mangsa dikenali sebagai Chin Hock Kon, 36, berjaya diselamatkan oleh orang awam dan diberi rawatan oleh Unit EMRS Bomba.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya, katanya.
Sarawak Edition sempat menemu bual Hero yang menyelamatkan mangsa iaitu Pakcik Busrah seorang penambang yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi mangsa jatuh.
"Terdengar percikan air yang kuat, ingatkan orang membuang sampah, katanya.
"Setelah mendegar jeritan dari pemancing yang mengatakan ada mangsa terjatuh ke dalam sungai, saya dengan segera menghidupkan enjin dan terus ke tempat di mana mangsa jatuh.
"Mangsa dalam keadaan terkapai-kapai didalam air dan saya terus membaling jeket keselamatan namun mangsa gagal untuk mengambilnya.
"Mujulah ada tali dan saya letakan dibawah kedua-dua tangan dan mangsa dibawa ke tepi, tambahnya lagi.
-wiraalam-
No comments:
Post a Comment