Saturday, March 9, 2019

KES TERTEMBAK RAKAN SENDIRI DI BETONG


BETONG: Polis Betong mengesahkan satu kes tertembak rakan berlaku di Rh. Ming Nyelutong, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Betong Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah memberitahu, siasatan awal mendapati semasa kejadian pengadu yang juga suspek, 51, seorang petani ketika berada di kebun getah berdekatan dengan rumah panjang ternampak kelibat seekor babi hutan di atas bukit dengan jarak lebih kurang 15 meter.

"Suspek kemudian melepaskan satu das tembakan dan dalam masa yang sama terdengar bunyi seseorang meraung.

"Suspek berlari ke arah tersebut dan dapati mangsa dikenali Entri Anak Thomas Tama terbaring di atas tanah dalam keadaan berdarah. Seketika kemudian, mangsa meninggal dunia.

"Ekoran itu, suspek melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Betong pada 6:53 petang," katanya.

Jelasnya, mangsa masih berada di tempat kejadian. Pegawai penyiasat serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Kes masih dalam siasatan.

Sarawak Voice

No comments:

Post a Comment