Monday, March 4, 2019
Kemalangan kendiri lelaki 58 tahun cedera ringan
Sri Aman: Seorang lelaki cedera ringan selepas terlibat kemalangan kendiri di jalan RPR Taman Muhibbah di sini malam tadi.
Dalam kejadian berlaku sekitar jam 11.12 malam itu, mangsa Lawen anak Kalong, 58, tidak dapat keluar dari dalam kenderaan yang terbabas ke dalam parit.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman Pegawai Bomba Awang Azdwan Bin Awang Sahari berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dipandu dari arah Sri Aman terbabas ke dalam parit.
“Bomba yang dihubungi turut membantu mangsa keluar dari kenderaan tersebut,” katanya.
Mangsa mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment