Tuesday, March 5, 2019

ANAK IBAN SARAWAK TEMPAT KETIGA MISS PLANET INTERNATIONAL 2019


SEJARAH tercipta di Bumi Cambodia baru-baru ini apabila Viviana Lin Winston, gadis Iban kelahiran Kuching, Sarawak berjaya meraih tempat ketiga (2nd runner up) Miss Planet International 2019.Selain meraih 2nd runner up, Viviana, 19 tahun turut mendapat  anugerah rekaan “The Perfect Evening Gown” .

Pertandingan yang berlangsung di Cambodia ini turut disertai oleh ramai jelitawan dari seluruh dunia. Berikut merupakan senarai negara pemenangnya iaitu:

1. Miss Planet International 2019 – South Africa
2. 1st Runner Up – Thailand
3. 2nd Runner Up – Malaysia
4. 3rd Runner Up – Paraguay
5. 4th Runner Up – Philippines
6. 5th Runner Up - Russia

Menurut sumber, jelitawan kebanggaan kita iaitu Viviana dijangka pulang ke Kuching pada 6hb March ini sekitar jam 12.30 pagi. Kepulangannya akan disambut oleh YB Fazzrudin Abdul Rahman.  Jadi di kesempatan ini kami menjemput semua warga Sarawak tak kira apa bangsa dan agama, untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kelak.

Tahniah anak Sarawak. Kami berbangga dengan kejayaan anda. Ukirlah nama Sarawak, Malaysia di pentas dunia.

-RP-

9 comments:

  1. Sekuntum bunga kenyalang mekar harum di bumi Kemboja.Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Tahniah girl...semoga terus sukses mengharumi bumi kenyalang

    ReplyDelete
  3. Tahniah girl demi negara Sarawak good luck to you girls...

    ReplyDelete
  4. Congratulations .well done & Good job. Tahniah & syabas #ANAKIBAN #NANGANTAP

    ReplyDelete
  5. congratulations,we proud of u.

    ReplyDelete
  6. Kenyalang Sarawak terbai tinggi di langit Cambodia . Pama .

    ReplyDelete