Friday, March 1, 2019

Lori tangki minyak sawit kemalangan pemandu terselamat

Kedaan lori yang remuk dibahagian tempat duduk pemadu. GAMBAR Ihsan Bomba
Serian: Seorang lelaki nyaris maut apabila lori tangki minyak sawit dipandunya merempuh belakang sebuah lori tangki minyak sawit yang dipandu rakan sekerja di Jalan Kampung Belimbing Serian-Sri Aman, dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.25 pagi hari ini.

Menurutnya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian diketuai Pegawai Kanan Bomba William dikerahkan ke lokasi kejadian.
ANGGOTA bomba beruasaha mengeluarkan kaki pemandu yang tersepit

“Setiba di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah lori tangki sawit telah melanggar bahagian belakang lori tangki minyak sawit yang lain.

“Pemandu lori tersepit dan berjaya dikeluarkan pihak bomba yang kemudian diberikan rawatan awal oleh anggota paramedik,” katanya ketika dihubungi Sarawak Edition sebentar tadi.

Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan kemudian bawa ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Pasukan bomba seterusnya membuat pembersihan di kawasan kemalangan bagi memastikan keadaan di lokasi kembali selamat,” katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.10 tengah hari.

-wiraalam-

No comments:

Post a Comment