Baju seluar milik mangsa dijhmpai dikawasan tebing sungai. Gambar ihsan Bomba Limbang |
Limbang: LELAKI dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah di Kampung Ulak, Limbang, selepas keluar membuang sampah di sungai berhampiran rumahnya, kelmarin.
Difahamkan, kehilangan lelaki yang dikenali Jimahat bin Aman yang berumut 54 tahun terbabit disedari oleh ahli keluarganya, sebelum mereka bersama penduduk kampung cuba mencari mangsa dan telah menjumpai baju seluar serta tong sampah milik mangsa berdekatan dengan kawasan sungai.
Berikutan itu, ahli keluarga lelaki itu membuat laporan kehilangan di Balai Polis Limbang dan mendapatkan bantuan bomba bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ali bin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian, 5.42 petang.
Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa telah keluar dari rumah untuk membuang sampah di sungai yang terletak berhampiran rumah pada petang isnin lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.
"Tiga anggota terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar kawasan yang menjadi lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Operasi turut mendapat bantuan dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) 5 Gabungan Bakti seramai 15 orang dan bersama 20 penduduk kampung. Setakat jam 7.30 petang, mangsa masih belum ditemui," katanya. Operasi SAR terpaksa ditangguhkan memandang keadaan cuaca semakin gelap dan akan bersambung pada pagi ini.
-wiraalam-
No comments:
Post a Comment