Gambar hiasan |
KUCHING: Trend penyakit kelamin semakin membimbangkan di Sarawak kebelakangan ini. Jika sebelum ini penyakit kelamin kebanyakannya menjangkiti penagih dadah, kini ia turut dialami pasangan lebih daripada seorang. Yang turut dijangkiti penyakit kelamin ialah suri rumah.
Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah bimbang akan gejala ini. Jelasnya, penyakit kelamin terdiri daripada gonorea, sifilis dan hepatitis C. Jumlahnya meningkat daripada 915 kes pada 2015 kepada 2,201 kes pada 2017.
“Jangan malu untuk melakukan pemeriksaan meskipun melibatkan alat sulit kerana jangkitan kelamin disebarkan melalui aktiviti seksual,” katanya.
10 jenis penyakit kelamin
Kutil Kelamin
Berjangkit melalui hubungan seks dan sentuhan vulva-to-vulva. Benjolan dapat membiak di sekitar alat kelamin disebabkan oleh virus HPV sehingga kulit terasa gatal. Tiada ubat untuk merawatnya.
2. Gonorea
Juga melalui seks disebabkan jangkitan bacteria. Kesakitan pada pelvis, radang dan keluarnya cecair putih kuning. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan radang pelvis dan kemandulan. Rawatan, doktor dengan antibiotik selama lebih tujuh hari.
3. Super-Gonorea
Melalui seks, cepat merebak. Kebal terhadap empat jenis antibiotik.
4. HPV
Genital Human Papillomavirus (HPV) berjangkit melalui hubungan seks, menjangkiti kulit sehingga berlaku perubahan luar biasa pada sel.
5. Siflis
Siflis boleh merosakkan jantung dan sistem saraf. Rawatan menerusi antibiotik.
6. Kutu Kelamin
Jangkitan melalui seks dan juga pakaian. Serangga halus meremut ke bulu daerah kemaluan dan menetas telur, menyebabkan rasa gatal yang melampau.
7. Chlamydia
Pesakit merasai kesakitan pada pelvis, bahang semasa kencing dan keluarnya cecair putih pada faraj. Rawatan dengan antibiotik selama lebih tujuh hari.
8. Herpes
Menyebabkan kesakitan pada bibir faraj, zakar, rektum dan dubur.
9. Hepatitis B
Virus yang menyerang hati dan menyebabkan penyakit hati kronik. Simptom: Demam, penyakit kuning, kencing kotor, rasa loya dan sakit perut.
10. HIV
Human Immunodeficiency Virus (HIV) menjadikan anda bagai terkena selesema teruk sehingga membawa kepada sindrom AIDS. Masih tiada ubat.
Sumber Sarawak Voice
No comments:
Post a Comment