Friday, March 1, 2019

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadam kebakaran

Miri: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Piasau Utara di sini awal pagi, tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.00 pagi.

“Bomba berjaya memadam kebakaran itu dalam tempoh 40 minit namun rumah terbabit musnah 100 peratus.


“Siasatan awal mendapati rumah itu dihuni oleh seorang lelaki berumur 49 tahun.

Operasi pemadam kebakaran melibatkan dua puluh satu anggota dari dua buah balai iaitu Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang diketuai oleh Ketua Balai PKPgB Terry Robson.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment