Sunday, March 17, 2019

Dua remaja cedera dalam kemalangan


BINTULU: Dua remaja nyaris maut setelah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan kendiri di simpang Taman Perindustrian Samalaju di sini tengah hari tadi.

Semasa kejadian, kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki yang dikenali Ting Sie Ling, 19, sedang bergerak laju melalui kawasan terbabit sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik di sebelah jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, Penolong Penguasa Bomba Hashim Bin Norshidi berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan pada pukul 12.28 tengah hari. Seramai enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Alan Ayuh bergegas ke lokasi kejadiaan dan tiba di lokasi kejadian 1 minit kemudiaan.

"Pemandu seorang lelaki dikenali sebagai Ting Sie Ling, 19, cedera di kepala berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba. . Manakala penumpang seorang wanita yang dikenali sebagai Diana Sambai, 20, masih terperangkap di tempat duduk penumpang,"katanya.

"Pihak kami menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit 3 minit kemudiaan,"tambahnya lagi.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan dan operasi ditamatkan pada pukul12.49 tengah hari,"katanya dihubungi petang tadi.

No comments:

Post a Comment