JAMIN BAWA ANAK BERUSIA SEBULAN
Kuching: Operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama beberapa agensi kerajaan telah berjaya mengesan 15 orang penagih dadah 14 orang daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine @ Syabu dan seorang positif THC @ Ganja di KM 18.5 jalan Kuching Serian.
Turut hadir dalam operasi yang dijalankan pada jam 8 malam tadi adalah Timbalan Pengarah Penguatkuasa AADK Sarawak, Puan Winnie anak Lugit bagi mengetuai 23 orang anggota dari AADK Sarawak.
13 lelaki dan 2 wanita yang ditahan antara yang berusia 18 hingga 38 tahun kesemua yang ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika disabitkan kesalahan oleh makamah akan diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan selama 2 tahun atau dibawah perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun.
Agensi lain yang turut terlibat dalam operasi adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Operasi yang dijalankan ditamatkan pada jam 11.30 malam.
No comments:
Post a Comment