Keadaan kenderaan yang dinaiki tujuh wanita remuk dibahagian tepi |
malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dalam perjalanan ke pusat bandar tidak sempat mengelak kereta Perodua Axia yang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat lalu merempuh di bahagian tepi kenderaan dalam kejadiaan kira-kira pukul 11 malam tadi.
Beliau berkata, komander operasi melaporkan ketika pasukan bomba sampai di lokasi kemalangan didapati semua mangsa telah dikeluarkan sebelum pihak Bomba sampai.
Kesemua mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia itu dihantar ke Hospital Sibu dengan menaiki Ambulan dan EMRS Bomba. Manakala pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda tiada mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat pada jam 11.55 malam.
-wiraalam-
No comments:
Post a Comment