Saturday, March 2, 2019

Kereta terbabas pemandu maut


Kuching: Seorang lelaki maut selepas kereta yang di pandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di jalan Demak Laut disini pagi ini.

Menurut jurucakap Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya Pegawai Bomba Kanan II Nurzainuldin bin Marzukie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.47 pagi.


"Setiba di lokasi pasukan Bomba mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu oleh mangsa Chang Siaw Fui, 40, remuk di bahagian tempat duduk pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadiaan oleh pihak perubatan", katanya.

Tambah kenyataan itu, mayat mangsa diserahkan kepada kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-wiraalam-

No comments:

Post a Comment