Friday, March 29, 2019

Tubuh remaja cantik berkecai digilis ketika swafoto

Tubuh Karina Baymukhambetova berkecai' apabila dia dilanggar oleh kereta api barang yang bergerak laju.

ORSK: Seorang gadis berusia 15 tahun dilapor maut ketika berswafoto berhampiran landasan kereta api.

Dalam kejadian di bandar Orsk, Rusia, tubuh Karina Baymukhambetova, 15, 'berkecai' apabila dia dilanggar oleh kereta api barang yang bergerak laju.

Seorang budak lelaki yang dipercayai saudara mangsa, sempat melompat menjauhi landasan dan terselamat daripada dilanggar.

Menurut laporan media tempatan, pemandu kereta api terbabit menekan brek setelah melihat terdapat orang di atas landasan, namun kereta api yang meluncur laju gagal berhenti tepat pada masa lalu melanggar mangsa.

Dipercayai sebelum kejadian, budak lelaki itu telah menasihati saudaranya tentang bahaya berada di landasan kereta api namun tidak diendahkan Baymukhambetova.

Susulan insiden ngeri itu, Inspektor Kanan Pengankutan Denis Khnykin, memberi nasihat kepada orang ramai terutama ibu bapa agar mengawasi anak masing-masing dan sentiasa mematuhi peraturan serta menghindari tempat-tempat berbahaya. - DAILYMAIL

Tuesday, March 19, 2019

Siapa sangka Serbuk Kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan?


Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pagi tadi (18/3/2019 | 9pagi). Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah. Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah. Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Jadi apa kebaikan yang diperoleh daripada serbuk kunyit ini?
✅ Merawat luka kecil
✅ Merawat gigitan serangga
✅ Bertindak sebagai anti septic pada kulit
✅ Sebagai agen pemulih kulit



#adabi #bersihdanasli #serbukkunyitadabi #zoonegara

Kredit: Adabi Consumer

Pautan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2192253210837168&id=119849788077531

Sunday, March 17, 2019

Rangka dan tulang manusia dalam perut buaya

Tulang manusia dijumpai dalam perut buaya

Bintangor: Misteri kehilangan seorang warga idonesia yang dikenali sebagai Yosep Tesu, 20an di kawasan Zumida Oil Palm Sdn Bhd telah
terjawap setelah pasukan SAR yang turut disertai Pawang Buaya berjaya menagkap seekor buaya berukuran panjang 14 kaki,lebar 2 kaki dan ukuran kepala buaya 1.5 kaki.

Perut buaya terpaksa dipotong oleh pihak PDRM dan Perhilitan telah menemui beberapa cebisan tulang dan rangka manusia. Komander Operasi PBT Razali bersama agensi terlibat memutuskan Operasi SAR di tamatkan sepenuhnya pada 17/3/2019 jam 16:00 hrs dan menyerahkan tugasan selanjutnya kepada pihak PDRM.

Dua remaja cedera dalam kemalangan


BINTULU: Dua remaja nyaris maut setelah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan kendiri di simpang Taman Perindustrian Samalaju di sini tengah hari tadi.

Semasa kejadian, kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki yang dikenali Ting Sie Ling, 19, sedang bergerak laju melalui kawasan terbabit sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik di sebelah jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, Penolong Penguasa Bomba Hashim Bin Norshidi berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan pada pukul 12.28 tengah hari. Seramai enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Alan Ayuh bergegas ke lokasi kejadiaan dan tiba di lokasi kejadian 1 minit kemudiaan.

"Pemandu seorang lelaki dikenali sebagai Ting Sie Ling, 19, cedera di kepala berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba. . Manakala penumpang seorang wanita yang dikenali sebagai Diana Sambai, 20, masih terperangkap di tempat duduk penumpang,"katanya.

"Pihak kami menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit 3 minit kemudiaan,"tambahnya lagi.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan dan operasi ditamatkan pada pukul12.49 tengah hari,"katanya dihubungi petang tadi.

Saturday, March 16, 2019

Penghuni cemas bilik penginapan terbakar


Bintulu: Penghuni yang menetap di sebuah hotel di sini cemas dengan kejadiaan kebakaran sebuah bilik penginapan di Jalan Sri Dagang sini pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu PPgb Hambali Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 5.23 pagi.

Katanya, seramai sebelas anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Helman Main ke tempat kejadiaan untuk melakukakan operasi memadam kebakaran.

“Setiba di lokasi sejauh 2 kilometer tiga minit kemudian didapati kebakaran berlaku di tingkat empat melibatkan sebuah bilik penginapan.

“Pasukan telah bertindak membuat pemadaman secara offensive dan kebakaran berjaya dipadam tanpa melibatkan sebarang kecederaan,” jelasnya.

Sebuah bilik berkeluasan dua puluh kali dua puluh kaki persegi telah musnah seratus peratus manakala bilik-bilik yang bersebelahan hanya mengalami sedikit kerosakan akibat bahang.

Operasi tamat pada pukul 6.52 pagi ,”tambahnya lagi.

-wiraalam-

Kereta yang dinaiki 2 lelaki 1 perempuan terlibat dalam kemalangan kendiri


Miri: Sebuah kereta yang dinaiki tiga individu terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Bukit Peninjau jalan Miri Bintulu di sini awal pagi tadi.

Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan dan terjatuh ke dalam gaung. Dua dari nya seeorang lelaki dan seorang perempuan cedera manakala seorang lagi lelaki terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, punca kemalangan masih tidak di ketahui.

-wiraalam-

Thursday, March 14, 2019

PAK BUSRAH HERO SELAMATKAN LELAKI TERJATUH DARI JAMBATAN

Mangsa dalam keadaan sedar dan diberi rawatan oleh pihak perubatan. Gambar ihsan Bomba

Kuching: Seorang lelaki terjatuh dari Jambatan Darul Hana Waterfront Kuching di sini sebentar tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Aziz berkata, seramai sepuluh anggota bergegas ke lokasi setelah terima panggilan berkaitan kejadiaan pada pukul 9.00 malam.

"Setiba di tempat kejadiaan, mangsa dikenali sebagai Chin Hock Kon, 36, berjaya diselamatkan oleh orang awam dan diberi rawatan oleh Unit EMRS Bomba.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya, katanya.

Sarawak Edition sempat menemu bual Hero yang menyelamatkan mangsa iaitu Pakcik Busrah seorang penambang yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi mangsa jatuh.

"Terdengar percikan air yang kuat, ingatkan orang membuang sampah, katanya.

"Setelah mendegar jeritan dari pemancing yang mengatakan ada mangsa terjatuh ke dalam sungai, saya dengan segera menghidupkan enjin dan terus ke tempat di mana mangsa jatuh.

"Mangsa dalam keadaan terkapai-kapai didalam air dan saya terus membaling jeket keselamatan namun mangsa gagal untuk mengambilnya.

"Mujulah ada tali dan saya letakan dibawah kedua-dua tangan dan mangsa dibawa ke tepi, tambahnya lagi.

-wiraalam-

Hati-hati, Kalau Kamu Mencium 10 Bau Ini Artinya Ada Makhluk Halus


Kehadiran makhluk halus ternyata bisa diketahui dari aroma menyengat yang kamu cium di sekitar. Jadi kehadiran mereka tak melulu hanya diketahui melalui penampakan saja.
Jika kamu cukup peka dengan bau-bauan tertentu, maka sebaiknya selalu waspada. Pasalnya, 10 jenis bau-bauan yang ada di bawah ini bisa menjadi pertanda kedatangan makhluk halus jenis tertentu. Siapa saja mereka?

1. Bau minyak mistik dan wangi-wangian

Kamu harus segera waspada jika mencium bau-bauan seperti minyak mistik dan harum menyerbak. Jika bau ini tercium sangat kuat tanpa sebab, maka itu pertanda ada hantu pocong berada di dekat kamu.

2. Bau bunga melati

Bau melati adalah pertanda munculnya hantu perempuan. Jika kamu mencium aroma ini, padahal tidak ada bunga melati di dekat kamu, artinya ada kuntilanak atau hantu-hantu perempuan yang sedang mendekatimu.

3. Bau bangkai

Yang lebih mengerikan lagi, aroma kuntilanak tidak hanya semerbak bunga melati saja, tapi juga disertai bau bangkai yang sangat menyengat. Perhatikan sekitar kamu dan mulailah waspada jika bau ini semakin mendekat.

4. Bau sawo menyengat

Jika kamu tak punya pohon sawo, tapi tiba-tiba ada aroma sawo menyengat, itu adalah pertanda ada jin sejenis memedi sawah (hantu sawah) yang sedang singgah di dekat kamu.

5. Bau kemenyan

Bau kemenyan adalah yang patut paling diwaspadai. Pasalnya, bau ini merupakan serangan sihir dari jin. Biasanya bau ini akan muncul ketika seseorang melakukan santet atau guna-guna kepada orang lain.

6. Bau Darah

Hantu wewe gombel sering menunjukkan keberadaannya dengan menebarkan semerbak bau darah yang tak jelas sumbernya. Hantu ini terkenal sebagai hantu yang suka menculik anak-anak kecil yang suka bermain di waktu matahari terbenam.

7. Bau singkong bakar

Jangan senang dulu kalau ada bau singkong bakar. Jika tidak ada orang yang sedang membakar singkong, bau ini bisa jadi pertanda kalau ada mahluk halus sejenis genderuwo di sekitar kamu. Hantu ini menyerupai kera raksasa dan masuk dalam golongan bangsa jin yang terkenal di Indonesia.

8. Bau anyir dan harum

Kalau bau harum yang kamu cium bersamaan dengan anyir darah segar, itu pertanda ada sundel bolong yang singgah di dekat kamu.

9. Bau pandan menyengat

Bau pandan yang menyengat juga menjadi pertanda adanya hantu keblek yang hadir di sekitar kamu. Menurut kepercayaan masyarakat Jawa, hantu ini biasanya banyak dipanggil untuk ritual pesugihan.

10. Bau kabel gosong

Bau kabel gosong tak melulu pertanda ada yang konslet dengan listrik atau barang elektronik kamu. Bisa jadi ini adalah pertanda datangnya Banaspati. Hantu ini memiliki wujud seperti api dan suka melayang-layang di udara.
Nah apakah kamu sering mencium bau-bau di atas? Ceritakan pengalamanmu dong di kolom komentar.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2018 NEGERI SARAWAK


Pendahuluan

Saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya
saya diberi kesempatan untuk mengumumkan keputusan calon negeri
Sarawak bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Tahniah
saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan
SPM pada tahun lalu. Semua calon akan menerima keputusan masing￾masing pada hari ini Khamis, 14 Mac 2019 mulai jam 10.00 pagi.

Keputusan bagi calon sekolah telah dihantar kepada semua Pengetua
sekolah berkenaan melalui Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat
Pendidikan Daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu,
Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala keputusan peperiksaan
bagi calon persendirian telah dihantar melalui pos.

Keputusan juga boleh
disemak melalui mySMS 15888 bermula pukul 10.00 pagi, 14 Mac 2019
hingga 6.00 petang, 20 Mac 2019 dengan menaip SPM<jarak>Nombor
Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar sms ke 15888.



Sebagai makluman, sebanyak 275 pusat peperiksaan telah disediakan
untuk mengendalikan peperiksaan SPM 2018 di negeri Sarawak.

Pengendalian peperiksaan ini melibatkan 257 orang penyelia kawasan
dan 2150 orang pengawas. Peperiksaan bertulis SPM 2018 telah
dijalankan dari 13 November hingga 13 Disember 2018.

Peperiksaan SPM umumnya bertujuan untuk mengukur sejauh mana
pencapaian akademik murid dalam pembelajaran yang diikutinya selama
sebelas tahun dapat diiktiraf dengan pemberian sijil.

Dalam sistem
pensijilan terbuka SPM yang diperkenalkan mulai tahun 2000, selain enam
mata pelajaran teras, calon dibenarkan mengambil seberapa banyak mata
pelajaran wajib dan elektif asalkan bersesuaian dengan jadual waktu
peperiksaan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2010 calon dibenarkan
mendaftar sehingga 12 mata pelajaran.

Namun kebanyakan calon
mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran. Mulai tahun 2013, calon
layak mendapat sijil bagi Peperiksaan SPM dengan syarat sekurang￾kurangnya lulus mata pelajaran 1103 Bahasa Melayu dan 1249 Sejarah
berbanding hanya dengan syarat sekurang-kurangnya lulus mata
pelajaran 1103 Bahasa Melayu tahun-tahun sebelum ini. Calon yang tidak
layak mendapat sijil akan diberi pernyataan keputusan.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru
mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan
memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat
cemerlang di peringkat SPM. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred



Keputusan SPM dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan prestasi
mata pelajaran. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian
calon di seluruh negara ialah Gred Purata Kebangsaan (GPK),
pencapaian calon di negeri ialah Gred Purata Negeri (GPN) dan
pencapaian calon sekolah Gred Purata Sekolah (GPS). Nilai GPK, GPN
dan GPS yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih
baik.

Prestasi sekolah tidak diukur berdasarkan bilangan calon yang lulus
semua mata pelajaran tetapi mengikut pencapaian dalam setiap mata
pelajaran yang diambil.

Kenyataan Umum
Pada tahun 2018, seramai 36,144 orang calon di Sarawak telah mendaftar
untuk menduduki peperiksaan SPM.

Daripada jumlah itu, 33,259 orang
(92.02%) adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan, 412 orang
(1.14%) merupakan calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1069 orang (2.96%) pula adalah calon sekolah
swasta manakala 1404 orang (3.88%) adalah calon persendirian. Dalam
peperiksaan SPM 2018, seramai 27,792 atau 85.21% daripada 32,617
orang calon Sekolah Menengah Kebangsaan yang hadir telah berjaya
mendapat sijil SPM, iaitu dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya
lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berbanding dengan
83.21% bagi SPM 2017. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.00%.
Pencapaian calon Negeri Sarawak pada tahun ini mengikut nilai Gred [5]
Purata Negeri (GPN) telah menurun daripada 5.17 pada tahun 2017
kepada 5.19 pada tahun 2018. Berdasarkan Gred Purata Negeri, prestasi
pencapaian calon SPM bagi Negeri Sarawak pada tahun 2018 menurun
sebanyak 0.02.

Analisis Keputusan SPM 2018
Dalam peperiksaan SPM 2018, sebanyak 60 mata pelajaran telah diambil
oleh calon negeri Sarawak. Daripada 60 mata pelajaran yang diambil oleh
calon sekolah negeri Sarawak, 57 (95.00%) mata pelajaran mencapai
peratus kelulusan melebihi 80%. Daripada jumlah itu, 26 (43.33%) mata
pelajaran mencapai kelulusan 100%, 23 (38.33%) mata pelajaran
mencapai kelulusan 90 hingga 99.9% sementara 8 (13.33%) mata
pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9%. Prestasi pencapaian bagi
mata pelajaran tersebut adalah seperti Jadual 1 – Jadual 3.



Jadual 4 menunjukkan 37 daripada 60 mata pelajaran yang ditawarkan
dalam peperiksaan SPM 2018 mencatat peningkatan atau pencapaian
yang sama berbanding pencapaian pada tahun 2017.




Selaras dengan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara
(National Key Result Area – NKRA), sukacita saya maklumkan bahawa
pencapaian sekolah-sekolah di seluruh Sarawak berdasarkan Gred Purata
Sekolah (GPS) mengikut kategori pencapaian adalah seperti dalam Jadual
5.

Sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada
dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan.
1 buah sekolah (0.55%) sahaja yang memperoleh Pencapaian Berpotensi.



Perbandingan Pencapaian Negeri dengan Kebangsaan
Pencapaian calon negeri Sarawak dalam SPM 2018 mengatasi atau
menyamai pencapaian peringkat kebangsaan dalam 47 mata pelajaran:



PRESTASI PENCAPAIAN SEKOLAH

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), 19 buah Sekolah Menengah
Negeri Sarawak berjaya mencapai GPS 4.00 dan ke bawah. Sekolah
Menengah yang mencapai gred yang teratas di negeri Sarawak adalah
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Padawan dengan nilai GPS 1.94,
Sekolah Menengah Sains Miri dengan nilai GPS 2.30, SMK Sacred Heart,
Sibu dengan nilai GPS 2.65, SMK St Elizabeth, Sibu dengan nilai GPS
2.70, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching dengan nilai GPS
2.91, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching dengan nilai GPS 2.91, SMK
Methodist, Sibu dengan nilai GPS 2.93 dan Sekolah Menengah Sains
Kuching, Padawan dengan nilai GPS 2.97.
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dengan nilai 3.07, SMK St
Anthony, Sarikei dengan nilai GPS 3.32, SMK Tinggi Sarikei dengan nilai
3.59, SMK Tiong Hin, Sibu dengan nilai GPS 3.60, SMK Kwong Hua, Sibu
dengan nilai GPS 3.64, SMK Agama Miri dengan nilai GPS 3.65, SMK
Kubong, Limbang dengan nilai GPS 3.69, SMK Lutong, Miri dengan nilai
GPS 3.78, SMK St Joseph, Miri dengan nilai GPS 3.92, SMK Jalan Oya,
Sibu dengan nilai GPS 3.95 dan SMK Agama Sibu dengan nilai GPS 3.97.


Pencapaian Sekurang-kurangnya A- Dalam Semua Mata Pelajaran
Yang Diambil.

Tahun 2018 menampakkan 23 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang
mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang calon yang memperolehi
minima Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

SMK Methodist, Sibu mempunyai 40 orang calon yang memperolehi
sekurang-kurangnya Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil,
diikuti oleh SMK Sacred Heart, Sibu dan SMK St Elizabeth, Sibu masing￾masing 25 orang. Manakala SMK Lutong Miri, SMK Tung Hua, Sibu dan
SMK St Anthony, Sarikei 21 orang.

SMK Green Road Kuching 19 orang, SMK Chung Hua Miri 18 orang, SM
Sains Kuching Utara, Padawan 17 orang. SMK Batu Lintang Kuching dan
SMK Bintulu, 16 orang. SMK Sungai Maong Padawan dan SMK Tinggi
Kuching 15 orang, SMK Sungai Tapang dan SMK Tinggi Sarikei 14 orang.
Kolej DPAH Abdillah Kuching, SMK St Teresa Kuching dan SMK Tiong Hin
Sibu 12 orang. Diikuti oleh SMK Deshon Sibu, SMK Merbau Miri, Kolej TDT
Haji Bujang Miri, SMK Chung Hua Sibu dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi
Kuching pula masing-masing 10 orang.

Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam semua
mata pelajaran pula ialah 533 (1.63%) orang berbanding 670 (1.98%)
orang pada tahun 2017. Statistik perbandingan pencapaian prestasi calon
bagi kategori ini bagi tahun 2017 dan tahun 2018 menunjukkan penurunan
sebanyak 0.35%.

Perbandingan Pencapaian Sekolah Bandar Dan Luar Bandar

Jadual 9 menunjukkan pencapaian antara calon sekolah bandar dan
sekolah luar bandar dari segi pencapaian minimum Gred E bagi semua
mata pelajaran teras. Calon sekolah bandar menunjukkan pencapaian
yang lebih baik dari segi pencapaian minimum Gred E bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu iaitu peningkatan sebanyak 0.34%. Manakala calon
sekolah luar bandar menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari segi
pencapaian minimum Gred E bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu
0.02%.

Dari segi jurang perbezaan pencapaian antara calon sekolah bandar dan
calon sekolah luar bandar bagi pencapaian minimum Gred E, mata
pelajaran Matematik dan Sejarah menunjukkan peningkatan yang semakin
ketara. Bagi mata pelajaran Matematik calon sekolah bandar pada tahun
2018 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.24%. Manakala bagi calon
sekolah luar bandar pula menunjukkan peningkatan kepada 1.26%. Mata
pelajaran Sejarah calon sekolah bandar pada tahun 2018 mencatatkan
peningkatan sebanyak 1.41% dan calon sekolah luar bandar menunjukkan
peningkatan tertinggi sebanyak 3.24% berbanding tahun 2017.

Bagi mata pelajaran Science calon sekolah bandar menunjukkan
penurunan sebanyak 0.89% pada tahu 2018, manakala calon luar bandar
juga menunjukkan trend penurunan sebanyak 1.04%

Mata pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun 2018 mencatatkan penurunan
bagi kedua-dua calon sekolah bandar dan calon sekolah luar bandar iaitu
masing-masing sebanyak 1.51% dan 1.40% berbanding tahun 2017.

Sementara itu, jurang perbezaan antara calon sekolah bandar dan sekolah
luar bandar dari segi pencapaian minimum Gred E tidak menunjukkan
perubahan trend yang ketara bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.

Jadual 9
Perbandingan Pencapaian Sekolah Bandar Dan Luar Bandar


Jadual 10
21 Buah Sekolah Luar Bandar Berprestasi Baik



Prestasi Pencapaian Cemerlang Calon
Pada keseluruhannya, pencapaian calon negeri Sarawak dalam Sijil 
Pelajaran Malaysia 2018 adalah menggalakkan. Seramai 8 orang calon 
berprestasi cemerlang tertinggi yang mendapat gred A+ dalam semua 
mata pelajaran (Jadual 11). Daripada jumlah tersebut, 2 orang mendapat
10A+, dan 6 orang mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang 
diambil. 

Jadual 11
Senarai Calon Mendapat Gred A+ Dalam Semua Mata Pelajaran


Penutup

Sehubungan dengan pengumuman keputusan ini, calon-calon yang ingin 
membetulkan maklumat peribadi dalam slip keputusan, menyemak semula 
atau mengemaskini keputusan mereka hendaklah melakukannya dalam 
tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan iaitu selewat￾lewatnya 14 April 2019. Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan 
permohonan dan membuat sebarang pindaan kepada maklumat keputusan 
calon yang dibuat selepas tempoh tersebut.

Mulai tahun 2015 bayaran semak semula keputusan bagi setiap mata 
pelajaran ialah RM100.00 dengan menggunakan wang pos atau kiriman 
wang atas nama Akauntan Negara Malaysia. Borang semak semula atau 
pengemaskinian keputusan dan Borang Pembetulan Maklumat Calon
LP/Am 38 Pin.1/2016 boleh didapati daripada pihak sekolah masing￾masing, Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah 
seluruh Sarawak atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Ibu Pejabat, 
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, 
Kuching.

Dengan kesempatan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan 
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengetua, guru, ibu bapa dan 
pihak yang terlibat dalam persediaan, pengurusan dan pengendalian 
peperiksaan SPM 2018 yang telah dijalankan dengan sempurna.Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak juga mengucapkan setinggi-tinggi 
penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak atas 
sumbangan serta kerjasama yang padu dalam usaha menambah dan meningkatkan mutu prasarana sekolah untuk meningkatkan kualiti dan 
merapatkan jurang pendidikan di negeri Sarawak.

TUAN HAJI ABANG MAT ALI BIN ABANG MASAGUS
Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak
14 Mac 2019

Konon terhantuk batu...Rupanya teruk didera

Anggota polis mengiringi suspek mendera kanak-kanak dua tahun sembilan  bulan

SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang sapu ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang berada di bawah jagaannya, di Limbang, Sarawak, kelmarin.

Difahamkan, penahanan suspek berusia 20 tahun itu dilakukan susulan laporan polis dibuat berkaitan penemuan pelbagai kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak malang itu ketika dimasukkan ke Hospital Limbang kerana pengsan malam kelmarin.

Sumber memberitahu, polis juga sedang memburu suami wanita terbabit selepas disyaki sering memukul mangsa yang juga anak saudara mereka.

“Ketika dimasukkan ke Hospital Limbang kira-kira jam 9 malam kelmarin, doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat banyak kesan lebam pada tubuh kanak-kanak itu hingga menimbulkan rasa curiga.

“Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada polis yang kemudiannya membawa kepada penahanan wanita terbabit di Hospital Limbang untuk membantu siasatan. Seorang lagi suspek yang juga suami kepada wanita itu sedang diburu,” katanya.

Katanya, mengikut maklumat diperoleh, kanak-kanak itu cedera akibat tergelincir di tepi sungai dan terhantuk pada batu sebelum dihantar ke Hospital Limbang untuk menjalani rawatan.

“Mangsa kini dipindahkan ke Hospital Miri untuk menjalani rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, ibu kandung mangsa ketika ini sedang menjalani hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Harian Metro

Hilux dan Axiz bertembung tiga cedera

Mangsa mendapat rawatan awal dari Unit EMRS Bomba 

Kuching: Tiga individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di jalan Chawan Road, Kuching, di sini malam tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan Tiga individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di jalan Chawan Road, Kuching, di sini malam tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan Penolong Kanan II Avtar Singh berkata, pihaknya terima panggilan pada pukul 11.13 malam. Seramai sebelas anggota sebuah jentera dan Unit EMRS dikejarkan ke lokasi.

"Setiba dilokasi kejadiaan, didapati dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Axiz terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat.

" Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelom pihak bomba tiba, katanya.

"Dua lelaki dari kereta Axia cedera manakala seorang wanita telah mengalami trauma. Bagaimanapun pemandu kenderaan Toyota Hilux terselamat dan tiada mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut, tambahnya lagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.13 tengah malam, katanya dihubungi pagi ini. berkata, pihaknya terima panggilan pada pukul 11.13 malam. Seramai sebelas anggota sebuah jentera dan Unit EMRS dikejarkan ke lokasi.

"Setiba dilokasi kejadiaan, didapati dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Axiz terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat.

" Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelom pihak bomba tiba, katanya.

"Dua lelaki dari kereta Axia cedera manakala seorang wanita telah mengalami trauma. Bagaimanapun pemandu kenderaan Toyota Hilux terselamat dan tiada mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut, tambahnya lagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.13 tengah malam, katanya dihubungi pagi ini.: Tiga individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di jalan Chawan Road, Kuching, di sini malam tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan Penolong Kanan II Avtar Singh berkata, pihaknya terima panggilan pada pukul 11.13 malam. Seramai sebelas anggota sebuah jentera dan Unit EMRS dikejarkan ke lokasi.

"Setiba dilokasi kejadiaan, didapati dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Axiz terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat.

" Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelom pihak bomba tiba, katanya.

"Dua lelaki dari kereta Axia cedera manakala seorang wanita telah mengalami trauma. Bagaimanapun pemandu kenderaan Toyota Hilux terselamat dan tiada mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut, tambahnya lagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.13 tengah malam, katanya dihubungi pagi ini.

-wiraalam-

Wednesday, March 13, 2019

bas ekspres kemalangan di jalan selangau


Sibu:  Seramai 12 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas setelah bas mereka terbabas sebelum terbalik dan jatuh ke dalam gaung di Jalan Tamin-Selangau berbampiran dengan SMK Tamin  jam 12.30 tengah malam tadi.

Kejadian berkenaan bagaimanapun hanya mengakibatkan seorang penumpang mengalami kecederaan manakala kesemua yang lain terselamat daripada sebarang kecederaan serius.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Sibu, Nur Hasrita berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 1.35 pagi dan jentera Unit  EMRS Bomba tiba di lokasi 55 minit kemudian.

"Di lokasi kejadian kami dimaklumkan terdapat seorang penumpang lelaki warga indonesia cedera dan manakala 11 penumpang lain termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesemua mangsa sudah berjaya dibawa keluar sebelum tibanya pihak bomba dan keadaan cuaca pada masa kejadiaan adalah baik katanya ketika dihubungi.

-wiraalam-

6 Orang Lelaki dan seorang perempuan yang didapati positif dadah


KUCHING, 12.3.2019 @ 8.00 MALAM HINGGA 2.00 PAGI AADK Daerah Kuching telah menjalankan operasi dibeberapa buah lokasi yang berbeza antaranya Kampung Lintang, Siol Kandis, Kampung Bintawa, Kampung Pulo Hilir, Kampung Gita Dan Bandar Baru Samariang yang diketuai oleh Encik Lalang ak Buges Ketua Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan AADK Daerah Kuching telah berjaya menahan 6 Orang Lelaki dan seorang perempuan yang didapati positif dadah jenis Methamphetamine @ syabu.

Seorang daripada saspek yang ditahan telah telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan diatas kesalahan Langgar syarat pengawasan dari tarikh 13.3.2019 di penjara puncak borneo, seorang lagi telah diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital sentosa kuching.

5 lagi yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah  ( Rawatan dan Pemulihan) 1983




Tuesday, March 12, 2019

11 PENAGIH DADAH DIKESAN DILIMBANG DAN LAWAS


LAWAS & LIMBANG: 11 & 12. 3.2019 Sejumlah 11 orang penagih dadah ditahan selepas didapati positif dadah dalam sebuah Operasi Bersepadu di beberapa lokasi termasuk Kpg. Awat-awat Sundar di Lawas dan Kpg Pelita, Kpg Limpasong serta kawasan bandar Limbang malam tadi.

Operasi yang melibatkan AADK daerah miri,bintulu mukah dan daerah limbang ini turut disertai oleh ybhg
Timbalan Pengarah penguatkuasaan AADK Sarawak Puan Winnie  lugit.

Melalui kenyataan beliau kesemua yang ditahan berusia lingkungan  21 hingga 48 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang daripada jumlah tersebut adalah warga asing. Saspek tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Bahagian Limbang untuk tindakan selanjutnya.

Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.






Murid perempuan maut, dua parah dirempuh pemandu mabuk di Sabah


KOTA BELUD: Seorang murid perempuan maut manakala dua lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan Nissan Sentra di Jalan Kampung Tempasuk 2 di sini, kira-kira jam 6.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata Max Christty,10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata dua mangsa yang parah ialah Maxryona Masdi, enam tahun, murid SK Tempasuk 2 dan Michelle Marianne, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 1 Kota Belud.

“Siasatan awal mendapati pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk sebelum merempuh pelajar sekolah yang berada di sebelah kanan bahu jalan ketika sedang menunggu kenderaan untuk ke sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Zaidi berkata kenderaan itu kemudian terbabas sebelum melanggar bahagian tepi konkrit sebuah rumah milik orang kampung.

Mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Kota Belud sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas Kota Kinabalu.

Beliau berkata pemandu berusia 54 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952.

— BERNAMA

Monday, March 11, 2019

Tangan putus di tetak

Tangan mangsa putus di tetak suspek 

KABONG: Kejadian seorang lelaki berusia 25 tahun ditetak dengan parang sehingga tangannya putus menggemparkan penduduk pekan kecil yang biasanya aman malam tadi.

Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 10. 30 malam di sebuah kedai runcit di sini.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Kinik Kesihatan Kabong dan seterusnya dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan. Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Suspek , 24, diserahkan oleh ayahnya sendiri kepada polis sekitar jam 11.15 malam selepas diberitahu oleh penduduk.
Ketika kejadian mangsa dilaporkan berada di dalam kedainya dan suspek telah menyerbu masuk ke dalam kedai runcit tersebut dengan membawa sebilah parang panjang.

Dilaporkan, tanpa berkata apa-apa tiba-tiba suspek meluru ke arahnya dengan mengangkat parang panjang lalu terus menetak ke arah mangsa.
Mangsa yang terkejut dikatakan tidak sempat berbuat apa-apa dan cuba menghalang tetakan tersebut dengan menggunakan tangan kirinya sehingga menyebabkan tangan kirinya putus.
Mangsa terpinga-pinga kerana tidak mengenali suspek dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.
“Tetakan sebanyak tiga kali yang dibuat oleh suspek terhadap mangsa telah mengakibatkan tangan kiri mangsa putus mulai hujung jari sehingga pergelangan tangan, “ kata laporan polis yang dibuat di sini.

Gambar tangan mangsa yang putus itu tular di media sosial hari ini.
Punca kejadian belum dapat dipastikan dan polis masih meneruskan siasatan.

Sarawak voice