LIMBANG: Seorang pemandu warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta bernombor pendaftaran Brunei, berhampiran Kampung Agong Tua di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Chin Siaw Theh 87 maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan di beberapa bahagian badan dalam kemalangan yang berlaku jam 3.30 petang itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata selain mangsa, kereta tersebut turut dinaiki tiga penumpang lain iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang terselamat dalam kemalangan itu.
"Seorang pemandu dan penumpang yang menaiki sebuah kereta bernombor pendaftaran Brunei juga terselamat dalam kejadian itu,"katanya.
Jelasnya ketika kejadian kereta yang dinaiki mangsa dari arah Limbang menuju ke Tedungan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam semak berhampiran.
Beliau berkata seramai tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Zakaria Mat Nor membabitkan dua buah kenderaan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.30 petang.
No comments:
Post a Comment