Thursday, January 31, 2019

Pemuda mencurigakan di tebing sungai ditahan bersama syabu

 Dadah jenis syabu yang dirampas daripada pemilikan suspek.
DISALAH GUNA: Dadah jenis syabu yang dirampas daripada pemilikan suspek.
LIMBANG: Aksi mencurigakan seorang lelaki yang menyorokkan dadah di dalam poket seluarnya berjaya dihidu polis di tebingan sungai Kampung Bukit Kota semalam.
Suspek, 24, ditahan pada jam 10.59 pagi ketika berseorangan di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, hasil pemeriksaan tubuh badan terhadap suspek tersebut polis menjumpai satu bekas plastik dan di dalamnya ada empat tiub straw berisi ketulan disyaki dadah jenis syabu.
“Dadah itu disorokkan dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jeans pendek yang dipakai suspek,” katanya.
Beliau berkata, dadah seberat 0.57 gram bernilai RM80 itu kemudiannya turut dirampas.
“Suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu turut positif dadah jenis Methamphetamine hasil ujian awal air kencing yang dilakukan terhadapnya,” katanya.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
  •  oleh 
  • No comments:

    Post a Comment