MIRI: Kerajaan Sarawak hari ini menuntut Kerajaan Pusat yang diterajui Pakatan Harapan (PH) untuk menghormati ikrar terhadap peruntukan RM1 bilion yang sepatutnya diagihkan kepada negeri ini bagi tujuan memperbaiki sekolah-sekolah daif.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata peruntukan itu sudah diluluskan pada 2017 dan sudah 'ada', justeru Kerajaan PH harus menghormati ikrar itu dan mengagihkan peruntukan RM1 bilion kepada Sarawak demi pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan bantuan dan perhatian segera.
"Kita minta kepada Kerajaan PH, pertama ialah untuk menghormati ikrar terhadap bajet yang sudah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini iaitu RM1 bilion, RM500 juta untuk tahun lalu dan RM500 juta lagi untuk tahun ini diperlukan untuk memperbaiki sekolah-sekolah daif di negeri ini," ujar Manyin pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Rendah Negeri Sarawak Siri 3/2019 hari ini.

Sambil menyelar kenyataan PH sebelum ini, Manyin berkata isu sekolah daif bukan baru wujud semalam, sebaliknya ia adalah masalah yang sudah lama berlaku dan dimaklumkan kepada Kerajaan Pusat, yang akhirnya bersetuju memperuntukan jumlah tersebut bagi memperbaiki sekolah-sekolah daif di kawasan luar bandar negeri ini, terutama 415 buah yang paling kritikal.
"Jumlah keseluruhannya ialah 1,020 buah sekolah usang di negeri ini, namun 415 buah adalah yang paling kritikal, terutama bangunan-bangunan sekolah yang sudah amat buruk hingga ada yang berbahaya dan tidak sesuai untuk digunakan oleh murid-murid.
"Malah Menteri Pendidikan sendiri pernah melihat, seolah-olah tidak percaya. Oleh sebab itu, kita benar-benar merayu Kerajaan Pusat untuk membantu kita memperbaiki sekolah-sekolah ini kerana pendidikan adalah di bawah tanggungjawab kementerian di peringkat Persekutuan," katanya.
Menurut Manyin lagi, masalah itu berlaku (jumlah sekolah daif yang banyak) di negeri ini kerana Kerajaan Negeri yang terlalu menaruh kepercayaan kepada Kerajaan Pusat sebelum ini.
Kini, katanya Kerajaan Negeri menggesa supaya kerajaan yang baru mengambil alih ini, melihat kepada masalah itu dari aspek pendidikan anak-anak dan membantu menyelesaikan masalah yang timbul dengan memperbaiki keadaan sekolah daif yang paling kritikal, terlebih dahulu.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datu William Patrick Nyigor; Pegawai Pendidikan Bahagian Miri, Shirini Mastura Mohd Zulkifli yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Ketua Jabatan Kurikulum dan Ko-Kurikulum Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, yang mewakili pengarahnya.
No comments:
Post a Comment