Rumah Pertiwiku Serendah RM90 Ribu Untuk Anak Sarawak
Rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah iaitu dari RM800 sehingga RM2500 bakal berpeluang untuk memiliki rumah pertiwiku yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak di satu majlis di Miri.
Katanya, projek perintis itu dilaksanakan di Kemunyang, Sibu, Jepak di Bintulu, Niah-Lambir di Miri dan Kuching dibangunkan kerajaan negeri mengikut cara sendiri di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Katanya, projek perintis itu dilaksanakan di Kemunyang, Sibu, Jepak di Bintulu, Niah-Lambir di Miri dan Kuching dibangunkan kerajaan negeri mengikut cara sendiri di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dipetik dari utusan borneo :
” Di Kemunyang sahaja lebih 300 unit rumah itu dibangunkan dan jumlah keseluruhannya pada tahun ini, saya percaya kita mampu bangunkan dari 2,000 hingga 2,500 unit rumah untuk rakyat berpendapatan rendah,”
“Ini adalah strategi jangka panjang kita membantu rakyat memiliki rumah dan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kita melaksanakan dasar polisi dari sudut negeri Sarawak menggunakan cara sendiri,” tambah Abang Jo lagi.
Menurut Abang Jo lagi, Syarikat Mutiara Loan and Mortgage akan menyuntik dana pinjaman bagi mereka yang ingin memiliki rumah rumah tersebut.
Sebelum ini juga Housing Development Corporation Sarawak turut mempunyai beberapa inisiatif Rumah Mampu Milik (RMM) yang berharga sekitar RM50k sehingga RM100k.
Anda boleh rujuk laman sesawang Sarawak Housing Development Corporation di sini : HDC Sarawak
No comments:
Post a Comment