Wednesday, January 30, 2019

Bayi ditemui lemas dalam baldi





KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan ditemui lemas akibat tersembam ke dalam baldi berisi air di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata menurut laporan, kejadian itu berlaku ketika semua anggota keluarga termasuk ibu mangsa sedang tidur kerana kepenatan.
“Sebaik bangun dari tidur kira- kira pukul 12 tengah hari, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu 'kereta sapu' sedar anak bongsunya tiada berdekatan dan bergegas mencari di merata tempat termasuk di bilik air.
"Beliau sangat terkejut apabila menemui mangsa berada dalam keadaan kepala tersembam di dalam baldi dan sudah kebiruan sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk diselamatkan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu di sini hari ini.
Beliau berkata selepas 50 minit menerima rawatan, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Dalam perkembangan lain, Suffian berkata IPD Kuala Terengganu merekodkan penurunan kes jenayah kepada 548 kes tahun lepas berbanding 669 pada 2017.
Sepanjang 2018, cawangan narkotik IPD Kuala Terengganu menahan 3,003 pesalah dadah dan menghapuskan 27 sarang dadah termasuk di kawasan nelayan. - Bernama 

No comments:

Post a Comment