Saturday, May 11, 2019
Bomba berjaya menyelamatkan wanita dari cubaan bunuh diri
Sibu: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warganegara Filipina berusia 29 tahun daripada cubaan membunuh diri dalam kejadian di sebuah bangunan di Jalan Tong Seng, Sibu di sini pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Zaidel bin Zailani berkata, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan oleh anggota sejurus pihaknya menerima panggilan pada jam 7.36 pagi.
Katanya, sebuah jentera FRT dan sebuah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama 8 anggota ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.
Kehadiran anggota sejurus menerima panggilan dari orang awam mengenai cubaan membunuh diri seorang wanita di tingkat 4, sebuah bangunan.
“Wanita terbabit duduk di atas bumbung dalam keadaan menagis,” katanya mengetuai operasi itu.
Katanya, mangsa dipujuk dan ditenangkan oleh anggota bomba dan usaha itu nyata berjaya.
Motif wanita itu bertindak sedemikian adalah tidak diketahui dan operasi ditamatkan pada jam 8.22 pagi katanya selepas dihubungi Sarawak Edition pagi ini.
-wiraalam-SA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment