Saturday, May 25, 2019

Bapa rogol anak angkat

Gambar Hiasan KUCHING: Ini kes harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki berusia 65 dari Kampung Temenggong di sini dipercayai merogol anak angkatnya sejak berusia 15 tahun di dalam rumah sendiri. Lelaki yang dipanggil ‘bapa’ oleh remaja perempuan itu melempiaskan nafsu terhadapnya beberapa kali. Bagai tidak dapat mengekang nafsu serakahnya, lelaki itu pada Jumaat menyentuh kemaluan dan dada remaja berusia 17 tahun, pada awal pagi. Tidak puas dengan meramas buah dada, lelaki itu pergi lebih jauh lagi, dengan membawa remaja itu ke dalam semak tidak berapa lama kemudian. Perbuatan itu turut dilakukan di dalam rumah ketika ibu angkatnya tidak di rumah, dengan mengungut mangsa supaya mengunci mulut; kalau tidak diancam untuk ditampar. “Suspek menghantar dan mengambilnya dari sekolah, dan ketika dalam perjalanan, suspek tidak akan melepaskan peluang memilih jalan sunyi, sebelum memberhentikan motosikal di tepi jalan untuk mencabulnya,” jelas Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelajar Tingkatan Lima itu, kerana tidak tahan lagi, mendedahkan rahsianya kepada guru sekolah selepas usaha memaklumkannya kepada ibu angkatnya gagal. Guru terbabit membuat laporan polis pada Selasa yang membawa kepada penahanan suspek. Mangsa difahamkan sentiasa ketakutan dan trauma. Swkvoice

No comments:

Post a Comment