Saturday, May 25, 2019

Bapa rogol anak angkat

Gambar Hiasan KUCHING: Ini kes harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki berusia 65 dari Kampung Temenggong di sini dipercayai merogol anak angkatnya sejak berusia 15 tahun di dalam rumah sendiri. Lelaki yang dipanggil ‘bapa’ oleh remaja perempuan itu melempiaskan nafsu terhadapnya beberapa kali. Bagai tidak dapat mengekang nafsu serakahnya, lelaki itu pada Jumaat menyentuh kemaluan dan dada remaja berusia 17 tahun, pada awal pagi. Tidak puas dengan meramas buah dada, lelaki itu pergi lebih jauh lagi, dengan membawa remaja itu ke dalam semak tidak berapa lama kemudian. Perbuatan itu turut dilakukan di dalam rumah ketika ibu angkatnya tidak di rumah, dengan mengungut mangsa supaya mengunci mulut; kalau tidak diancam untuk ditampar. “Suspek menghantar dan mengambilnya dari sekolah, dan ketika dalam perjalanan, suspek tidak akan melepaskan peluang memilih jalan sunyi, sebelum memberhentikan motosikal di tepi jalan untuk mencabulnya,” jelas Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelajar Tingkatan Lima itu, kerana tidak tahan lagi, mendedahkan rahsianya kepada guru sekolah selepas usaha memaklumkannya kepada ibu angkatnya gagal. Guru terbabit membuat laporan polis pada Selasa yang membawa kepada penahanan suspek. Mangsa difahamkan sentiasa ketakutan dan trauma. Swkvoice

Saturday, May 11, 2019

Bomba berjaya menyelamatkan wanita dari cubaan bunuh diri

Sibu: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warganegara Filipina berusia 29 tahun daripada cubaan membunuh diri dalam kejadian di sebuah bangunan di Jalan Tong Seng, Sibu di sini pagi tadi. Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Zaidel bin Zailani berkata, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan oleh anggota sejurus pihaknya menerima panggilan pada jam 7.36 pagi. Katanya, sebuah jentera FRT dan sebuah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama 8 anggota ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa. Kehadiran anggota sejurus menerima panggilan dari orang awam mengenai cubaan membunuh diri seorang wanita di tingkat 4, sebuah bangunan. “Wanita terbabit duduk di atas bumbung dalam keadaan menagis,” katanya mengetuai operasi itu. Katanya, mangsa dipujuk dan ditenangkan oleh anggota bomba dan usaha itu nyata berjaya. Motif wanita itu bertindak sedemikian adalah tidak diketahui dan operasi ditamatkan pada jam 8.22 pagi katanya selepas dihubungi Sarawak Edition pagi ini. -wiraalam-SA

Wednesday, May 8, 2019

Liverpool ke final Liga Champions 2018/2019!

Liverpool ke final Liga Champions 2018/2019! Di perlawnan timbal balik kedua semifinal, The Reds mengajar Barcelona 4-0 dan berhak ke final dengan keunggulan agregat 4-3. Di Anfield, Liverpool, yang kalah 0-3 di Camp Nou, memulakan rentak pada awal minit ketujuh. Divock Origi membuka gol awal untuk Reds keputusan kekal 1-0 pada separuh masa pertama. Di babak kedua, Liverpool menambah tiga gol, dua gol Gioginio Wijnaldum di minit ke-54 dan 56, serta satu gol lagi dari Origi di minit ke-79. Liverpool membalas kekalahan 0-3 pada pusingan pertama, dan berhak melangkah ke final. Liverpool kini hanya menunggu pemenang antara Ajax Amsterdam vs Tottenham Hotspur, yang akan berlangsung pada Kamis (9/5/2019). Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid, pada 1 Jun 2019. -wiraalam-SA

Sunday, May 5, 2019

Dua pekerja maut dihempap kurma menjelang Ramadan

PULAU PINANG: Menjelang Ramadan, umat Islam biasanya membeli buah kurma. Kurma antara juadah perlu ketika berbuka puasa. Namun, buah kurma juga yang membawa maut kepada dua pekerja asing di sini, pagi tadi. Kosmo melaporkan dua pekerja warga asing berkenaan maut selepas dihempap palet mengandungi kotak-kotak berisi buah kurma di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi. Kata laporan itu, kedua-dua mangsa, warga Bangladesh berusia 40-an, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mendapati dua mangsa telah dihempap oleh timbunan palet dan kotak yang berisi buah kurma. “Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan telah ditarik keluar dari timbunan itu oleh rakan sekerja yang lain. “Mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan. Difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat.