Friday, July 19, 2019
Pemandu maut penumpang cedera
Pemandu maut manakala penumpang cedera setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di KM 56 Simpang Bakun disini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Stephen Plen berkata, sebanyak 8 anggota dengan sebuah Fire Rescue Tander (FRT) serta nit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bergegas kelokasi setelah menerima panggilan berkiatan kejadiaan pada jam 1.26 pagi.
“Kereta Proton Saga yang dipandu oleh Muhammad Badrun Amin bin Abdulah, 39, bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Mohammad Fariezan Gui, 29 dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan,” katanya.
Tambahnya lagi, akibat dari perlangaran tersebut, keadaan kereta remuk dibahagian hadapan dan telah menyebabkan pemadu tersepit di tempat duduk pemandu.
Jelasnya, pihak kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Bagaimanapun mangsa telah disahkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Manakala penumpang hanya mengalami cedera ringan dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan. Operasi ditamatkan pada jam 3.07 pagi,”katanya ketika dihubungi pagi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment